Kejutan Najib yang tak terkejut pun..tapi macam ade mee disebalik bihun

| comments


Eloklah tu najib dah sedar, tapi sebenarnya dah lambat sangat, dah nak pilihanraya, dan bila umno dah mula tersedar dari mimpi akhirnya baru nak mansuhkan ISA (akta keselamatan dalam negeri)

Ini juga membuktikan apa yang dituntut oleh ramai orang terutamanya pembangkang selama ini benar.. akta itu kejam dan tidak berperikemanusiaan
.

Najib kata macam nei

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.



Itulah.. patut "dah lama dah" (baca dengan nada mahathir), sejak komunis angkat senjata dulu patut dah dimansuhkan, tapi sebab parti politik umnoapco sangat takut dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, maka akta ni terus digunakan demi kepentingan mereka.

Selain memansuhkan ISA, najib kata lagi, kerajaan juga akan (akan tu maksudnya belum kan) memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

kah..kah..kah.. nampak tak apa yang najib cuba nak main disini... dia sedang berusaha keras memulikan imej najib yang dah teruk rosak tu... dengan kes Al-Tantuya, skandal kapal selam, penglibatan rosmah dalam perimekar.. dan banyak lagi yang rata-rata rakyat masih menunggu jawapan.

Adakah imej najib yang sering digelar najib al-tantuya itu akan bersih.... jangan lupa najib ini sangat licik...Masih ingat bila wartawabn menanyakan soalan berkaitan pertemuan saiful dengannya.. najib ada 3 jawapan berbeza bagi satu perkara.

MAri kita lihat kenyataan dibawah ini pula.

Najib kata lagi ", untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara".

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri,"
Maksudnya nanti munginkah akan ada akta baru yang dijangka mirip dengan ISA, namun mungkin lebih ringan....maka jika begitu ISA tidak la dimansuhkan.. tapi dipinda dan diperelok ( mungkin ungkapan itu lebih sesuai)

Bahaya juga apa yang najib buat nei, mungkin agak sukar nak faham apa yang "tukanglawan" faham. tapi cuba baca ayat dibawah nei

"Saya tak mahu lagi hisap rokok Dunhill, tapi nanti saya akan beli rokok Malboro light"

kah..kah..kah.. masih tak faham?.... tak apa lah.. cuma apa yang anda perlu faham ialah mungkin apa yang dilakukan ini untuk memulihkan imej najib, maklumlah pilihanraya dah dekat...

Cuba baca ayat dibawah nei juga.. pun dari mulut najib

"Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. "Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa,"

Adakah Najib mahu katakan.. apa yang polis lakukan pada peserta himpunan bersih tempuh hari salah, dan akta polis 1967 tidak lagi releven dan perlu dikaji ?...

Maka.. betullah apa yang dikatakan pembangkang selama ini... ISA harus dimansuhkan.. akta Polis juga perlu dikaji semula...

Sama juga seperti sambutan 16 september sebagai hari Malaysia yang dimulakan oleh pemimpin pembangkang.. najib sekali lagi ciplak idea pemimpin pembangkang (lembu punya susu, sapi dapat nama.)

Kah..kah..kah.. lawak la najib nei.. orang umnoapco ada nak cakap apa-apa tak.. idea pemansuhan ISA dan kaji semula Akta Polis telah lebih dulu diusul dan diusahakan pembangkang.. Kenapa tiru jika pemimpin umno lebih bijak atau adakah secara halusnya najib ingin menyatakan pemimpin pembangkang lebih cerdik dari pemimpin umnoapco




@TUKANGLAWAN tengah baca risalah 10 janji 100 hari. perkara no1 ialah pemansuhan ISA



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit