Penduduk Selangor yang masih dikenakan harga air pada tahap komersial
oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) disarankan supaya merujuk
kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing untuk tindakan
lanjut.
Ia bagi membolehkan penduduk menikmati pemberian 20 meter padu air
percuma yang diberikan Kerajaan Selangor dan mengelakkan mereka daripada
dikenakan kadar caj perniagaan yang jauh lebih tinggi berbanding caj
kediaman.
Terbaru, 23 kediaman di kawasan Pandan Perdana mengadu yang mereka
dikenakan caj perniagaan oleh Syabas bermula bulan ini walaupun mereka
telah menikmati air percuma pada kadar kediaman dari 2008.
Kes tersebut didedahkan Adun Teratai, Jenice Lee kepada pemberita dalam satu sidang media di sini pagi tadi.
“Penghuni yang mengalami masalah ini dinasihatkan supaya merujuk
terus kepada majlis perbandaran di kawasan masing-masing bagi
membolehkan PBT mengeluarkan surat rasmi yang mengesahkan premis
perniagaan telah dijadikan sebagai kediaman.
“Kita tidak mahu penduduk setempat terus berhadapan masalah sama
kerana ia akan membebankan mereka apabila terpaksa membayar kadar tarif
air yang tinggi,” katanya.
Dalam kes hari ini, 23 unit kediaman itu dikenakan caj perniagaan
sejak Oktober tahun lalu akibat salah tafsir Syabas terhadap premis yang
didiami penduduk.
Ekoran itu, penduduk terpaksa membayar antara RM36 hingga RM60 sebulan untuk bil air.
Bagaimanapun, setelah merujuk kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(MPAJ) mengenai perkara tersebut, Syabas akhirnya bersetuju membatalkan
caj air perniagaan yang dikenakan dan mengembalikannya kepada caj air
kediaman.
Jenice berkata, masih banyak lagi kediaman di kawasan Pandan Jaya dan Pandan Indah yang mengalami nasib sama.
“Justeru, penduduk perlu segera merujuk kepada MPAJ untuk tindakan
lanjut. Jangan hanya berdiam diri kerana ia akan membebankan penduduk
sendiri. Air percuma adalah hak rakyat Selangor,” katanya lagi.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.