“Memaknai Pengorbanan demi Keadilan”
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd. Selawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Eidul Adha kepada
seluruh warga Muslim di Malaysia. Marilah kita bersama-sama doakan
kesejahteraan mereka yang sekarang ini sedang melakukan ibadah di Padang
Arafah supaya memperoleh haji yang mabrur dan diberkati. Semoga selamat
dalam urusan harian di sana dan selamat kembali ke tanahair, Insya
Allah.
Eiduladha juga sering disebut sebagai hari raya haji atau hari raya
korban. Apakah yang boleh dimaksudkan dengan pengorbanan. Ianya adalah
satu proses kesetiaan, ketaatan dan keikhlasan.
Lihatlah bagaimana
ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang redha menerima perintah Tuhan untuk
mengorbankan putera baginda Ismail a.s. Namun, ketaatan yang wujud dalam
diri Ibrahim a.s itu sangat mengujakan sehinggakan Ismail.a.s juga
redha dengan ketentuan yang telah diperintahkan.
Begitulah, kisah ini
terkait dalam kehidupan hari ini bahawa pengorbanan adalah ketaatan dan
kesetiaan dalam perjuangan yang meletakkan Islam itu dikedudukan yang
tinggi.
Islam juga menggalakkan umatnya yang berharta dan mampu untuk
mengorbankan sedikit daripada haknya itu untuk membantu golongan yang
kurang berkemampuan.
Janganlah kita lupa akan saudara kita yang
menderita dengan tekanan hidup akibat krisis dan perbalahan seperti di
Syria, Rohingya, Afghanistan dan serata dunia.
Kerana bukan korbannya
tidak diterima tetapi keikhlasan itu adalah lebih utama seperti kisah
Qabil dan Habil yang tercatat dalam Surah Al-Maidah ayat ke 27
“Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”
Juga di Malaysia yang terus terbeban dengan ekonomi dan kuasa membeli
yang semakin rendah, anak muda yang terkesan dengan bebanan hutang
belajar, graduan yang sukar mendapat kerja dan aktiviti jenayah dan
moral yang semakin membimbangkan.
Jelas sekali, bahawa Islam itu mendidik umatnya agar sentiasa bersatu
dan bersedia untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan agar isu yang
berbangkit seperti memperlekehkan hak dan hukum Islam di Malaysia tidak
akan berulang dan seterusnya Islam dapat dipertahankan.
Oleh yang
demikian Islam akan sentiasa dimartabatkan dan terus dihormati oleh
semua kaum. Maka dikesempatan ini, masih ada peluang untuk kita terus
memupuk masyarakat yang penyayang dan saling bantu membantu antara satu
sama lain tanpa mengira latarbelakang bangsa dan ideologi politik.
Dalam konteks Malaysia, harus kita lihat pengorbanan itu dari sudut
kesedian untuk istiqomah, ikhlas dan memegang amanah untuk memerangi
salahgunakuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan.
Tanggungjawab ini
melibatkan pelbagai sektor, dari segi pendidikan, ekonomi, pekerjaan,
sosial dan agama serta adat kepercayaan. Maka adalah menjadi
tanggungjawab kepimpinan negeri menjayakan apa yang telah mereka
perjelaskan demi kesejahteraan hidup walaupun ada perbedaan kepentingan
politik, agama dan bangsa.
Semoga kita semua dapat menghayati apa yang telah Rasulullah S.A.W
nyataka semasa menyampaikan khutbah di Hujjatul Wida’ (Haji Perpisahan)
“Sesiapa yang telah diamanahkan, maka tunaikanlah amanah itu kepada yang berhak menerimanya..”
Justeru, ayuhlah rakyat Malaysia khususnya dan yang Muslim khasnya,
kita bersatu dan mengenepikan apa jua perbedaan dan fahaman politik
antara kita.
Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan bersyukur
agar kita dapat terus mengangkat agama dan dalam masa yang sama kita
memelihara hubungan yang rapat dengan kaum-kaum lain.
Selamat menyambut Eidul Adha 1433H
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.