Penambakkan Pantai Port Dikson Akan Bawa Bencana

| comments

Hampir 100 orang terdiri daripada peniaga, pengusaha pantai dan Persatuan Peniaga Kecil Melayu Port Dickson mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Wisma Negeri di Seremban, Negeri Sembilan Semalam  bagi membantah isu penambakan pantai Teluk Kemang yang menjejaskan pendapatan mereka.

Himpunan yang turut disertai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan itu berpunca daripada ketidak puasan hati peniaga yang mendakwa ditindas pemimpin Umno-BN termasuklah Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Port Dickson.

Demonstrasi yang bermula seawal pukul 11 pagi itu turut menyaksikan penyerahan memorandum kepada pegawai khas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah Seketariat SAMM Negeri Sembilan, Azizi Aziz berkata, penambakan pantai itu bukan hanya menggugat periuk nasi peniaga, malah turut merosakkan rupa bentuk muka bumi pantai Teluk Kemang yang menjadi tumpuan pelancong.

Penambakan pantai atas alasan ‘pantai sempit’ adalah tidak relevan. Ia akan menjurus kepada kerosakan ekosistem dan secara tidak langsung mengubah rupa bumi pantai Teluk Kemang yang diiktiraf sebagai pantai yang selesa dan selamat.

“Seperti yang berlaku di pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson selepas penambakan, kecerunan pasir yang ditambak telah mengubah kedalaman pantai dan menyebabkan banyak nyawa yang terkorban.

“Akhirnya pantai tersebut dihindari pengunjung. Kita khuatiri pantai Teluk Kemang akan menerima nasib sama,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, katanya, SAMM akan mengadakan satu sidang media khas dan mengatur pertemuan semua mangsa yang terlibat dengan beberapa menteri kabinet di parlimen minggu depan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Dalam demonstrasi sama, para peniaga turut membantah perancangan pembangunan yang tidak menepati spesifikasi sehingga menimbulkan tanda tanya serta menolak pembinaan longkang besar yang menyebabkan air laut Teluk Kemang menjadi keruh dan kotor.

Selain itu, peniaga turut memohon supaya gerai lama, tandas awam dan bangunan buruk diganti dengan fasiliti baru, memastikan setiap premis perniagaan memperolehi CF tepat pada masanya serta diberikan pampasan setimpal sekiranya projek penambakan ini diteruskan.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit