Blogger Itu Masih Hidup

| comments

Tempoh hari kita digemparkan dengan berita mengejut kehilangan sahabat blogger dikenali sebagai Tinta Hijau Dari Kaki Bukit (Tinta Hijau DKB). ( baca sini )

Rupa-rupanya ada sedikit kekeliruan dan salah faham. Blogger Tinta Hijau DKB rupanya masih Sihat dan masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk terus bersama kit, rupanya yang meninggal tempoh hari adalah Nik Hazman Nik Hashim yang menggunakan nama facebooker Tinta Hijau bukannya Blogger Tinta Hijau DKB

Blogger Tinta hijau DKB yang berasal dari Kuala Besut ketika ditemui berkata, beliau masih sihat dan tidak pergi ke mana-mana.

Saya sihat AlhamduliLlah, masih panjang umur, dan duduk di sini (tidak menunaikan umrah ke Mekah),”ujarnya sebagaimana dilaporkan lman BuletinOnLine.

Blogger Tinta Hijau DKB atau nama sebenarnya Aris Muhammad berkata demikian selepas program bincang santai ‘Kuasa Media Baru’ dalam pertemuan Tenaga IT dan Media Kawasan Besut baru-baru ini.

Menurutnya, beliau tidak mengemaskinikan blog beliau kerana masalah talian internet di kawasannya yang menghadapi masalah akibat kecurian kabel.

saya masih hidup dan dalam keadaan sihat walafiat, cuma agak lama tak ‘update’ blog ni akibat berlaku kecurian kabel TM.

Sampai hari ini pihak TM masih belum menggantikan kabel yang dicuri,”jelasnya.

Apa pun Syukur Alhamdullilah, dan sekali lagi mari kita sedekahkan Al-fatihah buat Nik Hazman Nik Hashim yang menggunakan nama samaran tinta hijau di facebook milik Arwah,

Pesanan "tukanglawan" buat TM, segera la gantikan kabel yang dicuri tu, kerana kami kesuntukkan masa untuk menyedarkan rakyat yang telah lebih 50 tahun ditipu umno,

Ramai yang terus mahu informasi dari Blog Tinta Hijau Di Kaki Bukit.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit