Najib melutut kepada People Power

| comments

Najib mintak maaf???sungguh menghairankan...beliau dahulu dengan sikapnya yang tinggi diri sanggup merendahkan egonya  untuk meminta maaf kepada rakyat...perbuatan ini berkemungkinan besar mempunyai agenda yang tersembunyi.

Adakah disebabkan PRU ke 13 yang semakin hampir, beliau sanggup meminta maaf kepada rakyat atas kesilapan  yang dilakukan oleh Umno/BN. Perbuatan ini jelas menunjukkan rakyat ttelah kurang kepercayaan kepada kerajaan Umno/BN. Sehubungan itulah Najib razak terpaksa melakukan statement sedemikian rupa.. Cukup menyedihkan.

Kini, Najib Razak telah mulai sedar tentang Kuasa Rakyat. Beliau juga telah sedar mengapa rakyat semakin kurang menyokong perjuangan Umno/BN. Tetapi kesedaran itu telah terlambat kerana rakyat sudah mula membenci kerajaan Umno/BN dan mula berkira-kira untuk menyanjung Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Apa yang perlu dilakukan oleh Umno sekarang adalah membubarkan parti ini dan membina parti Umno yang  baru yang menolak pemimpin-pemimpin umno yang menghalalkan rasuah dan penyelewengan wang. Para pembaca perlu sedar Umno yang ada sekarang bukanlah Umno yang diasaskan oleh Dato Onn Jaafar. Ini adalah Umno yang diasaskan oleh Mahathir. Umno yang dikatakan memerdekakan malaysia telah lama berkubur.Ini harus jelas.

Saya percaya bahawa rakyat yang celik tidak akan membiarkan pisang dua kali. Rakyat sudah cukup sedar bahawa janji Najib Razak langsung tidak boleh dipercayai. Sudah beberapa kali beliau telah menipu rakyat. Adakah dengan hanya meminta maaf cukup untuk melupakan apa yang Najib Razak dan sekutu-sekutunya lakukan keatas kita..Saya rasa Najib Razak perlu melatakkan jawatan serta-merta. Ayuh rakyat bangkit menjatuhkan Rejim yang zalim ini pada PRU ke 13 akan datang

INI HARUS JELAS

Kolumnis:Mulut Kecoh


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit