Tersiar di banyak blog mengatakan jackie Chan Maut kerana terlibat kemalangan jalanraya pada jumaat lepas.
Sekadar gambar hiasan |
Jadi lepas ini tak dapat lagilah kita tonton aksi-aksi hebat pelakon serba hebat itu?. jackie chan pernah beberapa kali datang dan membuat pengambaran filem-filem hebat di negara ini, antaranya yang masih "tukanglawan" ingat ialah filem "thunderball" dan "Police story"
Tapi nanti dulu, ini bukan Jackie Chan pelakon hebat yang terkenal dengan filem "thunderball " itu, nama pun dekat-dekat sama , ini "Jacky" Chan Che Kwok, 50, mendiang adalah Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting.
Tapi nanti dulu, ini bukan Jackie Chan pelakon hebat yang terkenal dengan filem "thunderball " itu, nama pun dekat-dekat sama , ini "Jacky" Chan Che Kwok, 50, mendiang adalah Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting.
Mangsa Maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan.
Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.
Kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan, dalam kemalangan itu juga jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent.
Hurm, bahaya agaknya jalan disana, jalan yang sempit dan tidak sempurna mungkin antara sebab terjadinya kemalangan seperti ini. apa pun "tukanglawan" ucapkan takziah buat keluarga mangsa, dan "tukanglawan" juga terus mengharapkan "jackie chan si pelakon hebat" itu akan buat lagi pengambaran di negara ini.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.