Sila Baca Ini, Adun DI Sabah Rakyat Songsang?

| comments

BAK kata pepatah, diberikan betis, hendakkan peha. Tetapi Warga Asing Indonesia yang mendapat peluang keluar-masuk dari Nunukan ke Tawau setiap hari, bukan sahaja mahukan peha; tetapi yang berada 'dicelah peha'.
 
Kerakyatan songsang yang dimiliki oleh ADUN Sebatik, Abdul Muis Picho bukan rahsia lagi kepada rakyat perbatasan; terutama Anak Jati Sabah seperti Ketua Kampung Tanjung Batu Laut, Hamid Hassan yang tidak jemu-jemu menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan pemimpin Sabah.
 
Jika daripada seorang Warga Asing Indonesia yang pernah mendapat Taraf Penduduk Tetap, Abdul Muis kembali menjadi PATI setelah mengembalikan PR semata-mata untuk mengeluarkan wang KWSP; datang lagi sebagai PATI, mendapat IC Projek dan boleh terlepas tapisan keselamatan dan kini boleh menjadi Wakil Rakyat di Sabah; apakah ada halangan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah kerana beliau juga memiliki MyKad Malaysia?

Oleh itu tidak hairan jika ramai Warga Indonesia yang selama ini menggunakan Pas Lintas Batas (PALIBA) kini sudah menjadi Warga Mi Segera; ehsan Kerajaan Berjaya dan UMNO; berbangga dengan 'Nyawa' (IC Projek) mereka yang dikurniakan 'Kerajaan Persekutuan' sehingga terlupa bahawa perbuatan mereka adalah subversif dan boleh dihukum pancung 'Tanpa Bicara!'

Salah satu daripada lebih 800,000 contoh orang yang menggunakan PALIBA sebelum ini telah menjadi 'Warga Dua Negara' kerana bebas keluar masuk untuk menghirup udara segar Malaysia dan membuang najis di sempadan negara melalui kegiatan haram termasuk penyeludupan, pelacuran dan kesalahan imigresen ialah Syarifah Laila Bt. S.Alwi.

Majoriti penduduk Kampung Pasir Putih, Tawau kenal siapa dan dari mana Syaripa Laila @ Syarifah Bt S Alwi ini berasal. Memang agak ganjil kerana lazimnya nama Syarifah ialah Kaum Suluk segangkan Syaripa berketurunan Bugis.

Sama ada beliau mendapat kad pengenalan biru 'Ready Made' atau memang miliknya, sukar untuk dipastikan tetapi memang sah beliau adalah PATI Bugis yang sebelum ini menggunakan PALIBA.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Saripah Laila mendapat Pas Lintas Batas bernombor W029905 pada 6 Januari 1978 bagi tempoh setahun sehingga 6 Januari 1979 dan direkodkan dibuku Daftar NNK/1C/118/78. Mengikut maklumat Pas Lintas Batas yang dikeluarkan Kerajaan Indonesia, Saripah dilahirkan di Nunukan pada 1956 menggunakan Kartu Penduduk Indonesia 3510/KND/76.

Pas Lintas Batas adalah Pas Melawat iaitu kebenaran masuk ke Malaysia di Tawau untuk melawat daerah Tawau Sahaja dalam negeri Sabah dalam jangka masa tidak lebih dari satu bulan berdasarkan Perjanjian Sempadan Dengan Indonesia. Tidak sah bagi memohon pekerjaan dan tidak boleh disambung.

Saripah telah mendapat kad pengenalan biru di era Kerajaan Berjaya tetapi semuanya palsu sehinggalah pada 1991 memperoleh Kad Pengenalan Biru bernombor H0498485 melalui Projek Gembleng; X-Files merekrut Warga Asing sebagai Warga Negara, Ahli UMNO dan Pemilih Berdaftar.

Ramai rakan Saripah turut sama mendapat kad pengenalan projek berkenaan tetapi mereka tidak berjaya disebabkan Jabatan Pendaftaran menarik balik kad pengenalan lama bersiri H0492001 hingga H0494500; tidak termasuk yang dimiliki Saripah.

Dengan kad pengenalan projek H0498485, Saripah telah menukar namanya kepada Syarifah Laila Binti S Alwi setelah mendaftar sebagai Pemilih Berdaftar bagi DUN Apas (Tinagat) dan akhirnya mendapat MyKad 550403-12-5446.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Saripah Laila yang dilahirkan pada 1956 di Nunukan telah wujud semula sebagai Syarifah Binti S Alwi di Tawau pada 03 April 1955 di Batu 8, Jalan Apas, Tawau.

Sebagai Warganegara Indonesia yang hidup mewah setelah mendapat Warganegara Segera Malaysia, Saripah kini duduk dan berdiri lebih tinggi daripada Anak Jati Sabah yang tembuninya ditanam di hadapan rumah Datuk Abu Bakar Titingan.

Jika Jawatankuasa RCI Sabah ingin mendapatkan bukti nyata, jejak bertapak tersedia di Jabatan Imigresen Tawau dan Pejabat Konsulat Indonesia Tawau dan mungkin jika diperlukan mengesan mereka, seramai 500,000 orang lagi yang menggunakan modus operandi yang sama masih boleh dikesan dengan mudah.

Jangan terkejut jika dilontarkan sebiji kacang kepada 10 orang Warganegara Malaysia di Tawau, sudah pasti terkena 30 batang hidung Warga Indonesia yang mendapat MyKad projek. Wallahualam!
 
 Artikel diatas adalah tulisan  MUTALIB M.D
 
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit