Air Percuma Selangor, Bab Mana Gagal tu?

| comments

Kerajaan Selangor sedia maklum dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja memperlekehkan program pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Walaupun kerajaan negeri menghormati kebebasan rakyat mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut hak mereka, tetapi kita percaya mereka ini telah diperdaya dengan maklumat palsu atau tidak mendapat maklmumat yang secukup mengenai program air percuma ini.

Sejak program ini dilancarkan pada Jun 2008, lebih 1 juta penduduk Selangor yang menggunakan meter individu telah menikmati pemberian air percuma setiap bulan melibatkan perbelanjaan melebihi RM400 juta.

Oleh kerana kita tidak mahu rakyat miskin di rumah bertingkat kos rendah menjadi mangsa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang merumitkan proses penukaran meter pukal kepada individu, maka kerajaan negeri mengambil inisiatif pada Jun 2010 untuk memastikan pemberian air percuma ini turut dinikmati oleh penghuni pangsapuri kos rendah.

Berdasarkan laporan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), daripada 232 kawasan pangsapuri atau 64,715 unit yang menggunakan meter pukal, 92 % atau 214 kawasan melibatkan 58,049 unit pangsapuri kos rendah telah menerima air percuma menerusi Skim Rebet Air Percuma (SAFWA).
 
Baki 18 kawasan atau 6,666 unit lagi gagal melaksanakan tuntutan rebet air percuma kerana Badan Pengurusan Bersama (JMB) kekurangan tenaga kerja.

Sejak Julai 2010 sehingga sehingga Julai 2012, lebih RM6 juta telah dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah.

Skim SAFWA ini ditambah baik menerusi “Lapor dan Dapat’ iaitu mana-mana pangsapuri kos rendah yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan membuat tuntutan secara terus dengan SYABAS.

Bagaimanapun , Skim SAFWA ini untuk pangsapuri bertingkat kos rendah sahaja. Bagi pangsapuri bukan kos rendah, pemiliknya perlu memohon daripada SYABAS untuk proses migrasi dari meter pukal kepada individu. Malah, kerajaan negeri juga menubuhkan pasukan khas untuk membantu mempercepatkan dan melancarkan proses migrasi meter ini.

Rekod semua Unit Pesuruhjaya Bangunan, pihak berkuasa tempatan dan SYABAS, sebanyak 108 kawasan terdiri daripada 29,318 unit telah bertukar kepada meter individu.

Kerajaan negeri telah mewajibkan semua pangsapuri melaksanakan migrasi meter air individu mulai Mei 2007. Selepas 2007, pemaju wajib menyediakan meter individu dan meter pukal pada setiap pembangunan perumahan bertingkat yang baru.

Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
20 September 2012


 Baiklah,kalau exam 92% ni dah lebih dari layak dapat gread A+ , tang mana puak-puak umno meroyan kata kerajaan negeri tak pandai urus air entahlah. kalau masih ada puak yang cakap kerajaan selangor tak mampu beri air percuma tu, kaji dulu siapa yang sekat dan halang.. baca fakta dulu bukan ikut dakyah umno, nampak sangat bodohnya.

Kalau puak umno memang diorang dengki, padahal zaman umno takde langsung air percuma. tak tau la "tukanglawan" kalau ada lagi orang selangor ni bodoh.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit