SPR jaga-jaga, Selangor Mahu Audit pengundi

| comments

PAS Selangor akan bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bagi melaksanakan gerak kerja membersihkan senarai pemilih di setiap Dun bagi mengatasi kebanjiran pengundi tambahan.

Berkata pada sidang media di Shah Alam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Ab Rani Osman (gambar) turut mengatakan PAS Selangor juga turut mengumpulkan bukti terdapat satu jumlah yang amat besar pengundi-pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Selangor yang memiliki nombor kad pengenalan bernombor Sabah dan Sarawak.

"PAS akan berkerjasama dengan PKR dan juga DAP bagi melaksanakan gerak kerja audit membersihkan senarai pemilih di setiap Dun dan Parlimen.

"Malah apa yang diketahui penambahan nama pemilih di setiap Dun dan kawasan Parlimen adalah amat luar biasa," jelasnya.

Dalam pada itu juga, beliau turut berterima kasih atas pendedahan berani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang memberitahu wujud sebuah 'task-force' yang diketua ioleh pegawai khas kepada Perdana Menteri yang bertindak memberi kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada warga asing demi menyelamatkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang akan datang.

"Senarai nama-nama yang terlibat dalam 'task-force' tersebut membuktikan lagi kesahihan wujudnya konspirasi dan curang tajaan BN.

"Malah Mimos Berhad turut melaporkan bahawa terdapat lebih 200 ribu pengundi yang diragui dalam daftar pemilih SPR," katanya lagi.

Adun Meru itu juga turut menyatakan, PAS melalui Sekretariat Pakatan Rakyat akan membantu menjayakan Program Pendemokrasian Rakyat anjuran kerajaan negeri.

"PAS akan bersama-sama mendukung aspirasi rakyat bagi mewujudkan pilihanraya yang adil dan telus," tambah beliau lagi.

Ketika ditanya adakah PAS akan terus bertanding walaupun daftar pemilih SPR tidak bersih.

"PAS akan tetap bertanding dalam pilihanraya yang akan datang walaupun kita tahu daftar pemilih itu tidak bersih seperti yang kita kehendaki.

"Tetapi PAS akan pastikan setiap ahli akan bekerja keras dalam mengenalpasti bahawa mereka yang benar-benar sah sahaja dibenarkan mengundi, jika ada nama yang mengelirukan kita akan terus membantah," sambung beliau lagi


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit