( PANAS!!) Ini Amaran, BERSIH 4.0 Untuk Ranapkan Keangkuhan Najib

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara , yang menarik ratusan ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas yang dipercayai dirancang oleh pihak tertentu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."

Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.

"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.

"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.
Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.

"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.

"Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi.

Ingat Najib, ini amaran keras kepada keangkuhan kamu , dan ingat juga pihak polis, Dendam rakyat pada 2.0 masih tidak hilang, Bersih 3.0 adalah menifestasi kebangkitan rakyat, yang sudah hilang hormat pada kamu kerana tidak lagi mampu menjadi pelindung rakyat. Dan kami rindukan sedutan CS gas dan pukulan belantan kamu, Kami pasti akan turun bersemuka lagi pada BERSIH 4.0.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit