Pemimpin Pas Ditahan Dari Memasuki Sabah

| comments

 Sudah ternyata kerajaan Umno/BN sekarang sudah terdesak untuk menahan gelombang rakyat yang ingin menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Terbaru ialah Pemimpin Pas Pusat, Mazlan Aliman ditahan dari memasuki Sabah hari ini.

Kejadian ini berlaku apabila beliau ditahan oleh Pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 8.45 malam hari ini. Menurut beliau, tiada alasan yang munasabah yang diberikan oleh Pegawai Inigresen ketika itu. Beliau hanya dinyatakan kerajaan Negeri Sabah tidak membenarkan beliau memasuki Sabah.

Kejadian ini berlaku apabila beliau bersama 10 orang jawatankuasa telah  ditahan untuk pemeriksaaan. tetapi hanya beliau tidak dibenarkan memasuki Sabah. Ini adalah lawatan kerja beliau bersama jawatankuasa selama 3 hari ke Sabah. Beliau telah ditahan hampir sejam di pejabat Imigresen dibawah seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959. Kemudian beliau diarahkan pulang ke semenanjung.

Inilah taktik-taktik yang kotor yang dijalankan oleh Kerajaan BN Sabah untuk menggagalkan program-program yang ingin dijalankan oleh pihak Pakatan Rakyat. Jika di semenanjung, taktik umno jalankan ialah mengerah gangster-gangsternya untuk membuat ganguan ketika program PR. Jika di Serawak terkenal dengan ugutan-ugutan agar tidak menyokong PR. Ayuh rakyat bangkit jatuhkan rejim yang zalim ini. Para pengundi Sabah, Jatuhkan Kerajaan BN sabah segera untuk menjamin masa depan yang lebih terjamin.

INI HARUS JELAS

Kolumnis:  Mulut Kecoh
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit