AMK Akan Mohon Campur Tangan Sultan Selesai Kemelut Air

| comments


KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI SELANGOR

21 JANUARI 2013

ISU AIR DI SELANGOR: AMK SELANGOR AKAN MERAFAK SEMBAH, MOHON CAMPURTANGAN KE BAWAH DYMM SULTAN SELANGOR

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor terkesan dengan kesusahan dan kepayahan rakyat di beberapa kawasan di negeri Selangor yang kini masih berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air.

Perkembangan mutakhir turut membayangkan bahawa isu ini dengan sengaja telah dipolitikkan secara melampau oleh pimpinan UMNO-BN dengan memesongkan fakta dan kenyataan sebenar. UMNO-BN menerusi media kawalan mereka secara berterusan memanipulasi isu ini seolah-olah ianya berpunca daripada keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi kelulusan kepada projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) sedangkan realiti sebenar adalah sebaliknya. Hakikatnya, pihak SYABAS selaku syarikat konsesi yang diberikan kontrak menguruskan pembekalan air terawat kepada rakyat Selangor telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kita sedia maklum bahawa sejak tiga tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berunding dengan pihak SYABAS untuk mengambil alih pengurusan air di negeri Selangor. Walaubagaimanapun segala usaha Kerajaan Negeri menemui kegagalan disebabkan keengganan Kerajaan Pusat untuk memberikan kerjasama bahkan secara terbuka menyokong SYABAS.

Lantaran itu, rakyat Selangor terpaksa melanggan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan bekalan air hingga menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan yang tidak memuaskan dan kini mengalami gangguan bekalan air ditambah dengan kadar tarif yang tidak munasabah dan amat membebankan.

Berikutan kegagalan SYABAS menunaikan tanggungjawab dalam membekalkan air terawat yang mencukupi kepada pengguna seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air, AMK Selangor sekali lagi mengulangi desakan supaya SYABAS menyerahkan operasi merawat dan menbekal air kepada Kerajaan Negeri Selangor. Keengganan SYABAS berbuat demikian bukan sahaja melanggar perjanjian yang telah dibuat malah menyusahkan rakyat di negeri Selangor.

Pelbagai langkah telah diambil oleh AMK Selangor dan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor untuk menangani permasalahan ini namun kelihatannya pihak SYABAS yang diterajui oleh Tan Sri Rozali Ismail seperti tidak mahu berganjak dan tidak melakukan sebarang tindakan yang membantu Kerajaan Negeri Selangor. Memorandum demi memorandum telah dikemukakan dari peringkat pengurusan SYABAS sehingga ke Istana Negara oleh pimpinan Pakatan Rakyat Selangor namun sehingga hari ini tiada sebarang hasil positif.

Justeru, AMK Selangor merasakan telah sampai masanya untuk kami turun merafak sembah dan memohon ihsan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj untuk campurtangan di dalam isu ini.

Sehubungan dengan itu, AMK Selangor dengan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan – mewakili rakyat Selangor – akan menggerakkan satu perhimpunan aman iaitu Himpunan Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat pada 25 Januari 2013 di perkarangan Masjid Sultan Sulaiman, Klang selepas solat fardhu Jumaat dan kemudiannya akan diteruskan dengan perarakan ke Istana Alam Shah untuk merafak sembah dan menyerahkan memorandum merayu ihsan ke bawah DYMM Sultan Selangor supaya berkenan untuk campurtangan dan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda bagi membantu usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam mengambil alih SYABAS seterusnya menguruskan sepenuhnya urusan pembekalan air kepada seluruh rakyat negeri Selangor.

AMK Selangor sekali lagi mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi ke atas hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambilalih SYABAS dan percaya bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berupaya memberi perkhidmatan air terawat yang lebih baik kepada rakyat Selangor dengan kadar tarif yang berpatutan dan tidak membebankan.

AZMIZAM ZAMAN HURI





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit