Najib Tidak Hirau Masyarakat India.

| comments


Tiada keazaman politik punca Datuk Seri Najib Razak tidak tahu seramai 300,000 masyarakat India yang lama menetap di negara ini, tiada kad pengenalan biru, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Sekadar buka kaunter dan tunggu rakyat mendaftar bukan penyelesaian. Patutnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cari dan jelajah seluruh negara mendaftar rakyat yang berdepan masalah ini khasnya di luar bandar.
“Malangnya, pentadbiran Najib tiada keazaman politik sehingga mereka dihalang ke sekolah, sukar mencari pekerjaan dan pelbagai urusan lain,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Najib konon Pakatan Rakyat membesar-besar angka, sebaliknya Perdana Menteri itu memberi alasan kononnya hanya 9,000 masyarakat India berdepan masalah kewarganegaraan.
Beliau turut menolak alasan Najib, kononnya 4,500 daripada mereka sudah diselesaikan masalah kad pengenalan biru mereka manakala 2,000 lagi sedang diproses.
Sehubungan itu, Surendran mendesak Najib segera menyelesai masalah itu yang disifatkannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana menafi hak rakyat yang sah.
Sangat memalukan apabila Perdana Menteri bermain angka berhubung masalah kewarganegaraan masyarakat India. Angka 9,000 tidak logik, bohong dan satu penghinaan,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit