YB Lim Guan Eng mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dinamakan sebagai Lapangan
Terbang Antarabangsa P.Ramlee.
Cadangan ini merupakan satu usaha murni
dalam menghargai jasa P. Ramlee, sebagai warisan tak ternilai negeri
Pulau Pinang. Selain memuliakan lagenda ini, dengan penamaan ini, ianya
akan menjadi satu tarikan dan memberi nafas baru kepada perkembangan
kegiatan seni dan perlancongan negeri ini.
Namun, sebagai satu langkah proaktif, ada baiknya, kerajaan negeri
Pulau Pinang memulakan penghargaan kepada P.Ramlee dengan menganjurkan
apa yang kita panggil sebagai Festival P.Ramlee;
sebagai acara tahunan,
dimana wujud Anugerah P.Ramlee, satu bentuk penganugerahan kepada karya
penggiat filem dan lagu tempatan, selain siri seminar dan juga acara
tayangan dan persembahan mengenai karya – karya agung P.Ramlee.
Anugerah
P.Ramlee akan menjadi medan kepada penggiat seni untuk menghasilkan
karya yang bermutu bagi merebut tawaran trofi dan hadiah wang yang bakal
ditawarkan buat pemenang Anugerah P.Ramlee.
Anugerah ini juga mampu
memberi semangat baru kepada ramai anak muda untuk menceburi bidang seni
secara serius dan berkarya dengan berkualiti. Falsafah disebalik
anugerah ini adalah layaknya untuk karya – karya yang mampu membawa
agenda pencerahan ke dalam jiwa bangsa dan menganjak ketamadunan rakyat
Pulau Pinang dan Malaysia seluruhnya.
Selain acara kemuncak seperti Anugerah P.Ramlee, siri – siri seminar
atau bengkel yang menghimpunkan pakar dalam bidang seni filem dan muzik
juga mampu memberi manfaat yang sangat bernilai kepada generasi muda
yang berminat dengan bidang ini.
Secara tidak langsung, sesi ilmiah
seperti ini bakal melahirkan lebih ramai penggiat seni yang bermutu
selain menjadi medan untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar – tukar
maklumat dan pendapat.
Penglibatan generasi muda di dalam festival ini
bukan hanya nanti mampu melahirkan bakat – bakat baru, bahkan tidak
mustahil jika satu hari nanti seseorang seperti P.Ramlee akan kembali
mewarnai industri seni negara.
Menjadi impian saya untuk melihat, Esplanade di Georgetown
dilengkapkan dengan layar putih yang besar dimana filem “Seniman Bujang
Lapok” ditayangkan kepada lebih 5000 penonton yang duduk beralaskan
rumput, atau di Tapak Ekspo Seberang Jaya, didirikan satu pentas konsert
yang besar dan megah, sambil diiringi Filharmonik Penang, setiap ruang
udara kawasan itu dipenuhi dengan alunan muzik karya P.Ramlee.
Selain
itu tayangan dan persembahan ini bergerak sepanjang festival berlangsung
dari satu daerah ke satu daerah lain di dalam Pulau Pinang. Tempoh ini
juga menjadi medan terbaik untuk generasi baru penggiat seni untuk
memaparkan karya mereka kepada khalayak.
Penganjuran festival sebegini bukan hanya untuk mengembalikan
kegemilangan dan menghidupkan legasi P.Ramlee, tetapi juga untuk
menjadikan P.Ramlee sebagai sumber inspirasi kepada generasi muda hari
ini. Jika ini menjadi kenyataan, barangkali dapat kita tebus kembali
kesilapan yang lalu walau barang sedikit.
Moga kata – kata P.Ramlee di
hujung hayatnya, “Jikalau aku mati nanti, nama aku akan tetap dikenang
seribu tahun lamanya”, menjadi nyata dengan usaha murni ini.
Artikel diatas ditulis oleh afifbahardin
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.