YB DATO’ ABDUL MALIK KASSIM
EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
19 SEPTEMBER 2012
Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.
Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.
Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.
Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato’ Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.
Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka. Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut.
Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.
Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.
Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat ‘kaveat pendaftar’ pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan. Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis.
Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato’ Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas. Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk. Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.
Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam. Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.
Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.
Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T’shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya. Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.
Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana. Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah ‘injuksi’ mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.
Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar.
Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.
Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi ‘broker’ menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.
Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.
Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.
Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.