Pengarah Konsular Mongolia Kata Pengendalian Kes Altantuya Lembab

| comments

Pengarah Konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan Mongolia, G Gankhuyag berkata, kerajaan Malaysia lembap dalam mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Kenyataan itu dipetik dalam satu wawancara dengan laman web Mongolia, dan versi bahasa Inggeris itu didedahkan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sidang medianya di Parlimen semalam.

Sejak pembunuhan Altantuya, pejabat konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan, Kementerian Kehakiman dan Dalam Negeri, badan bukan kerajaan dan keluarga (Altantuya) mengikuti perbicaraan.

“Sejumlah dana diperuntukkan oleh kerajaan Mongolia, dan pegawai konsular kita di Thailand datang ke Malaysia kerana kes ini"

Scorpene. Punca kematian Altantuya?

Malangnya, kita lihat pihak Malaysia sangat lembap (berhubung kes ini). Mereka tidak memaklumkan perjalanan kes ini (kepada kita),” katanya dipetik.

Wawancara asal G Gankhuyag boleh dicapai di sini.

Menurut wawancara itu lagi, sekumpulan wakil rasmi Mongolia akan hadir ke Malaysia untuk terus mengendalikan kes ini dan kerajaan Malaysia telah menyatakan kesediaan menerima mereka.

Beliau juga menyatakan kerajaan Mongolia menawarkan perjanjian kerjasama antara agensi penguatkuasa undang-undang Mongolia dan Malaysia.

Mengulas wawancara itu, Gwo Burne menggesa kerajaan Umno BN bertindak segera dan tidak lagi lembap untuk  berkerjasama dengan wakil Mongolia agar hubungan kedua-dua negara bertambah baik.

Kerajaan juga perlu jelaskan bentuk kerjasama yang akan diberikan sistem kehakiman dan polis kepada wakil dari Mongolia nanti.

“Kita harap kerjasama yang baik dan kesedaran tinggi rakyat berhubung kes ini akan dapat memberi keadilan kepada semua pihak,” kata Gwo Burne lagi.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak – ketua inspektor Azilah Hadri, dan koperal Sirul Azhar Umar.

Mereka dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati kerana didapati bersalah pada April 2009.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit