Banjir Di KL, Remaja Maut Tertimbus (Video)

| comments

Seorang pelajar, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, tertimbus dari paras pinggang ke bawah selama lebih 10 minit sebelum diselamatkan jiran dalam kejadian tanah runtuh di rumahnya di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield Off Jalan Maharajalela, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian hujan lebat jam 9.20 malam itu, mangsa berada di belakang rumah sebelum diarah bapanya masuk ke dalam rumah berikutan hujan semakin lebat.

Bagaimanapun, ketika mahu masuk ke dalam rumah, tiba-tiba tanah di tebing belakang rumah yang terletak lima meter dari rumah mangsa runtuh dan menimbus separuh badan mangsa termasuk muka.

Ibu bapa mangsa yang menyedari kejadian itu menjerit meminta tolong.

Sementara itu, jiran mangsa, Zaharah Hashim, 54, berkata dia ternampak muka anak jirannya diliputi tanah dan menghubungi ambulans bagi meminta bantuan.

“Sebaik dikeluarkan, mangsa yang tidak sedarkan diri diberi bantuan oleh paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Mangsa yang berjaya diselamatkan dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut,” katanya,bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 11.50 malam tadi.




Lagi Berita tentang banjir, sila baca disini (sila Klik)

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit