SPR buat lagi dah................

| comments




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) buat hal lagi khabarnya, Pemilik IC merah (maksudnya bukan warganegara) pun boleh mengundi, semakan nombor kad pengenalan mereka menunjukkan nama mereka ada dalam rekod pemilih SPR.

Bukti manipulasi dalam pilihanraya itu boleh dirujuk kepada pengundi bernama  Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan bernombor 880306114096 yang akan mengundi di Kg Bukit Payung, daerah mengundi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut dan Parlimen Besut di Terengganu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan 880306114096 itu ternyata seorang penduduk sementara yang boleh dibuktikan menerusi semakan JPN.

Semakan" tukang lawan" pada jam 6 pagi ini mendapati laman sesawang semakan semakan JPN ditutup untuk selengaraan.

Semakan JPN

Menurut Suhaizan Kaiat lagi, Numi boleh mengundi di Dun Hulu Besut, Parlimen Besut di negeri Terengganu berdasarkan daftar pemilih terkini yang disediakan oleh SPR.

Bukti kedua pula boleh dirujuk kepada pengundi bernama Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

Bukti ketiga pula melibatkan pengundi bernama Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor, katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di kuala lumpur, semalam

Semakan SPR pagi ini
Untuk lebih kepastian berhubung perkara itu, "tukanglawan"cuba pula menyemak rekod di SPR, namun rekod dari SPR mungkin telah dilumpuhkan sementara waktu.kerana apa jua nombor dimasukkan rekod tidak dijumpai.

Jika benar rekod bagi ketiga-tiga pemilik kad pengenalan merah tersebut memang tiada didalam rekod SPR, mustahil dengan memasukkan nombor kad pengenalan kontroversi milik Mismah yang bernombor 640704715238 juga tiada dalam rekod, kerana sebelum ini nombor MyKad milik individu tersebut jelas ada didalam rekod milik SPR.


Semak IC Mismah
Apakah ada kemungkinan sesawang berkenaan dilumpuhkan sementara bagi membolehkan kemaskini rekod dilakukan bagi menutup perbuatan keji ini?

'Kali ini Pemuda PAS akan membongkar satu lagi manipulasi dalam pilihanraya yang membabitkan penduduk sementara pula. Seluruh  Malaysia mahu penjelasan daripada JPN dan SPR berhubung dengan bukti-bukti itu.

Semakin banyak bukti kecurangan yang dilakukan oleh SPR dan JPN untuk membolehkan umnoapco terus kekal berkuasa, SPR dan JPN sebenarnya sedang mendesak rakyat malaysia yang cintakan demokrasi untuk sekali lagi turun berdemonstrasi untuk reformasi.



@TUKANGLAWAN Tidak yakin SPR dan JPN boleh dipercayai lagi...



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit