Berikutan rasa tanggungjawab dan keperluan untuk mendedahkan sebarang keraguan dalam proses pendaftaran senarai pengundi,gabungan penulis blog dan aktivis yang dikenali sebagai Jingga 13, membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kewujudan identiti palsu dalam sistem pengesahan, laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di putrajaya hari ini.
Menurut Koordinator sekretariat Jingga 13, Fariz Musa, tindakan itu diambil supaya SPRM menyiasat kepincangan dalam sistem daftar pemilih SPR dan sistem pengesahan JPN.
“Adalah menghairankan bagaimana wujud si penama serta nombor pengenalan baru dalam daftar pemilih SPR beserta maklumat lengkap serta tarikh lahir, jantina, lokaliti, daerah mengundi, DUN dan Parlimen,Tetapi apabila disemak dalam sistem JPN, didapati nombor kad pengenalan tersebut tercatat ‘tiada permohonan atau nombor yang dimasukkan tidak sah,” kata beliau pada media sejurus selepas membuat laporan tersebut bersama Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Nizam Saad
“Jingga 13 mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPN serta SPR menjawab isu kewujudan identiti pengenalan palsu atau tidak wujud dalam daftar pemilih SPR" kata faris musa lagi.
@TUKANGLAWAN Saran SPRM cepat siasat kes ini, takut benar ada kepincangan.
Nak raya dah pun, nak call sana, call sini, sms sana, sms sini dengan #HotlinkHotTiketRamadhan! tak ada yang sejimat ini.. murah sangat... jom try... memang jimat giler
Nak raya dah pun, nak call sana, call sini, sms sana, sms sini dengan #HotlinkHotTiketRamadhan! tak ada yang sejimat ini.. murah sangat... jom try... memang jimat giler
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.