Memaparkan catatan dengan label Wikileak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wikileak. Papar semua catatan

Pendedahan Wikileaks , Umno dan Buku Jingga

| comments


Wikileaks sebelum ini telah mendedahkan Kes Fitnah II hanya konspirasi politik

Berdasarkan kebocoran maklumat dari kabel diplomatik Amerika Syarikat ,Anwar tetap akan didapati ‘bersalah’ kerana meliwat – hukuman kedua dalam tempoh 10 tahun.

Kabel itu juga melaporkan, Najib dan pemimpin utama Umno akan melakukan apa sahaja supaya pendakwaan terhadap Anwar ‘boleh diterima’.



Mengikut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasi sebagai sulit oleh Mark D Clark – kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat mereka ialah memenjarakan Anwar dan menyingkirkannya dari politik.

Ini disokong oleh beberap kenyataan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Dari awal lagi, kita lihat kes perbicaraan pincang. Ia hanya perbicaraan politik demi memastikan Anwar yang dianggap sebagai musuh dipenjara, 

 Kalau betul Najib tidak terlibat, kenapa enggan ditemu bual peguam? Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula tidak mampu bertentang mata tegas Pengarah Komunikasi KEADILAN itu lagi.

Ini menunjukkan Umno terus memperkuda institusi kehakiman demi kepentingan politik sempit mereka, demi survival parti waris penjajah itu.




Sehubungan dengan itu, naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, penguasaan Umno harus ditukar lantaran Datuk Seri Najib Razak sehingga kini enggan berubah dan memperbaiki kepercayaan rakyat pada badan kehakiman negara ini..

“Sudah tiba masanya pemerintah ini diubah dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai peneraju baru negara bersama dasar pro rakyat,

Memperalat institusi kehakiman bukan baru. Ia sudah pun berlaku sejak era Tun Salleh Abbas lagi. Sudah tiba masanya Buku Jingga dilaksana,” katanya ketika dihubungi.

Mengikut Buku Jingga, mereformasikan institusi kehakiman adalah isu pertama yang akan dilaksana dalam tempoh 100 hari pertama Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.



@TUKANGLAWAN saran kita laksana  buku jingga... buku kecil yang sangat ditakuti umno.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"




Menteri GAY, dulu heboh, kini terdedah?

| comments



Beberapa ketika dahulu, "tukanglawan" pernah siarkan artikel berkenaan seorang menteri kabinet yang didakwa Gay atau pelaku seks sejenis. artikel itu mula disebarkan dilaman-laman blog termasuk blog pro umno sendiri.
Memang terkejut dibuatnya kerana individu tersebut sejak dulu dikhabarkan seorang gay, malah blog umno sendiri membayangkan menteri tersebut selalu berlagak "perkasa" dengan watak selalu memegang keris.

Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas siapa kah menteri kebinet yang dikatakan sebagai seorang menteri didalam kebinet najib mengikut cerita-cerita yang tersebar sebelum ini sila baca disini dan jika anda mahu mengetahui siapa pasangan yang dikata sebagai "rakan sepermainan" menteri itu sehingga dihadiahkan sebiji kereta mewah, sila baca sini.

Setelah agak lama isu itu ditenggelamkan, kini ia muncul semula, dan kali ini satu sumber antarabangsa (wikileak) telah mendedahkannya.di portal Malaysia Insider.


Persoalannya apakah tindakan najib selepas ini?, sebagai seorang perdana menteri dari parti UmnoApco yang kononnya memperjuangkan bangsa, negara(walaupun gadai) dan agama, adakah mahu terus menyimpan menteri tersebut?, atau kembalikan keyakinan rakyat bahawa dia benar-benar tegas dalam hal ini? atau mungkin berdiam diri kerana mempunyai agenda tertentu atu mahu menyelamatkan individu tertentu?

Sekurang-kurangnya laporan dan maklumat telah bocor, dan rakyat mahu tahu, apakah najib akan melakukan sesuatu terhadap "menteri kesayangan beliau itu", dan menteri yang terasa itu juga harus tampil menafikannya, kerana rakyat hanya mahu tahu adakah benar menteri itu seorang GAY?

Bukan mahu menuduh, cuma mahu kepastian, jika tidak, tidak lah, jika benar, ALLAH lebih tahu walaupun wang dan kuasa diguna untuk tutup rahsia.jom baca lagi ulasan cerita di sini, sini , sini dan sini

@TUKANGLAWAN Mahu lihat apa yang najib akan lakukan, rakyat dan orang umno pun tunggu tindakan najib atau muhyiddin .




"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"



Eskay punya kaitan dengan pemisah thai - wikileak

| comments



KUALA LUMPUR: Laman web WikiLeaks  telah membocorkan maklumat bahawa salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. 

Malah lebih mengejutkan Eskay juga dikatakan mempunyai pengetahuan dan kaitan dengan gerakan pemisah Thailand yang berselindung di Malaysia.

Eskay berkongsi maklumat mengenai pergerakan kumpulan pemisah tersebut dan aktiviti yang dijalankan kepada pegawai kedutaan AS berpangkat tinggi, dalam satu  mesyuarat yang diadakan pada 5 Febuari 2006.
Butiran mesyuarat itu dihantar dalam satu kabel rahsia oleh Penasihat Politik Mark D Clark kepada Jabatan Negara AS di Washington, sebelum  dibocorkan oleh WikiLeaks.

“Eskay boleh muncul dan berhubung dengan kumpulan pemimpin-pemimpin lama pemberontak dan kumpulan simpati dari selatan Melayu Thailand.
“Pandangannya tentang pemberontakan ialah yang paling terperinci kami pernah dengar sepanjang lima hari perjalanan di utara Malaysia dan dijejaki dengan tepat berdasarkan maklumat dan pendapat-pendapat daripada pihak yang dipercayai.
“Beberapa rakyat Malaysia mencurigai Eskay dengan pertubuhan pemisah Melayu dan mengatakan Eskay telah terlibat dalam perniagaan kontroversi pada masa lalu,” kabel itu dipetik.

Eskay yang  merupakan bekas Konsulat terhormat Thailand di Malaysia menggemparkan negara pada Mac lalu apabila menayangkan satu rakaman video lucah mengaitkannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau terlibat bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga penyokong setia Mahathir dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Pimpinan Pakatan Rakyat mengecam usaha tersebut sebagai satu lagi siri konspirasi terhadap Anwar.
Ia dibuktikan apabila kerajaan bertindak melindungi mereka, termasuk tidak ada tangkapan terhadap blogger yang menyebar video lucah terbabit.

Eskay juga terlibat dalam kes saman terhadap pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd terhadap projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dan Singapura- salah satu ilham Dr Mahathir.

@TUKANGLAWAN Mintak semua orang renung kembali peribadi si eskay ini, dia boleh digambarkan sebagai seorang peniaga yang akan menghimpit siapa saja untuk kepentingan diri, sanggup lakukan apa saja demi wang ringgit , malah eskay juga adalah lalang, ingatlah betapa bahayanya orang seperti ini.

19 Kroni najib didedahkan oleh wikileak

| comments (2)



KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.


Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;


• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.


Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.


The Malaysian Insider

@TUKANGLAWAN Dah tak tahu nak kata lagiu, hancurnya negara kerana tangan-tangan pemimpin yang diberi kuasa seperti ini, mereka merompak hasil rakyat, memberi kepada kroni , beri pada bini, bagi anak makan, rakyat bodoh menyanjung mereka sedangkan kita makin dihimpit bebanan, kalau ini lah sumber wikileak tentang seorang pemimpin, tentu pemimpin sebelumnya juga ada kroni... pemimpin lain ade kroni... al-maklumla.. kuasa ditangan mereka.... kita rakyat. nak tengok aje kew.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit