Pelbagai respon yang saya lihat, ada yang positif dan ada yang negatif. Ia bagus buat saya kerana apabila saya menulis sesuatu maka saya bersedia untuk dikritik. Dan itulah erti kebebasan bersuara dan berekspresi.
Kita masih belum mendapat respon daripada Naib Canselor UiTM berkenaan dengan kebenaran mengadakan persidangan di Dewan Agong Tunku Canselor. Justeru, saya ada beberapa lagi persoalan yang harus dijawab bagi pihak beliau.
Saya begitu musykil dengan kewujudan Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM yang bergiat aktif di dalam kampus. Saya sedia maklum bahawa sebagai 'universiti melayu', perlu bagi UiTM untuk melahirkan lebih ramai pejuang bagi membela nasib orang melayu. Tetapi, adakah ini bertepatan dengan integriti universiti sebagai pusat melahirkan insan tetapi dalam masa yang sama berpura-pura dan 'cakap tak serupa bikin.'
Saya ungkit semua apa yang pernah dikatakan oleh Naib Canselor dahulu bahawa universiti mesti bebas, universiti tidak boleh dipengaruhi oleh politik luar kerana boleh memecah-belahkan masyarakat Melayu. Justeru, bukan semua mahasiswa di UiTM ini mendokong perjuangan PERKASA. Ada juga yang ingin bersama dengan persatuan lain. Tetapi, kenapa pihak pentadbir hanya membenarkan badan yang lembut dengan kerajaan seperti PERKASA untuk bergerak sedangkan gerakan lain diharamkan dan dicantas ?
SIAPA YANG MEMBIAYAI DAN MEMBENARKAN PENUBUHAN KELAB MAHASISWA PERKASA INI ?
Kini, Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM dalam proses untuk menambah keahlian. Sebenarnya, saya tidak ada apa-apa masalah dengan PERKASA. Saya cuma terkilan kerana tindakan ini tidak bertepatan dengan apa yang pernah disuarakan oleh Naib Canselor dahulu. Dimana letaknya integriti beliau sebagai ahli akademik ? Selain itu, saya juga terkilan dengan isi ucapan yang diluahkan ketika Persidengan PERKASA yang lepas yang lebih kepada retorik , menghina dan memecah-belahkan rakyat Malaysia sendiri. Kalau benar mahu menyatukan semua orang Melayu, adakah perlu bagi mereka untuk menghina orang Melayu yang tidak sefahaman politik dengan mereka ?
Lelaki di atas adalah Presiden Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM dan kini ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Beliau kini sedang belajar di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM. Saya begitu kagum dengan mahasiswa ini kerana mempunyai semangat yang tinggi hendak memperjuangkan melayu. Tetapi, mengapa perkara yang tidak 'enak' ini didiamkan sahaja ? Mahasiswa katanya perlu bebas dari cengkaman parti politik.
Jika benar orang melayu ingin ke depan. Buang saja politik lama yang sentimen itu. Sudah tiba masa kita berfikiran dengan lebih terbuka bagi masa depan bangsa yang lebih gemilang.
Saya kecewa.
Mohon NC UiTM Respon.
MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
+ comments + 2 comments
mak aihhhh! sampai macam ni UiTM. Bapak terukkk.
UiTM universiti melayu, kau apa tahu ? Kita nak perjuangkan anak melayu. korang semua agen anwar. anwar nak hancurkan negara.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.