Sebuah kereta Proton Tiara berusia 15 tahun yang menjadi kereta rasmi program jelajah sumbangan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin akan digunakan untuk kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ dalam usaha menerangkan kepada rakyat berhubung mekanisme menurunkan harga kereta.
Sementara itu sebanyak 50,000 keping pelekat kempen itu yang tidak mempamerkan sebarang unsur politik akan mula diedarkan dalam pada jelajah pertama pada Jumaat ini di Plaza Tol Jalan Duta dan Karak, manakala Sabtu di Plaza Tol Sungai Besi, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad
Bermula 2 September, forum ‘Turunkan Harga Kereta’ di sekitar Lembah Klang termasuk Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat turut diadakan
“Kempen ini dibuat sempena balik kampung. Kita akan ke tempat awam dan kempen ini akan menjadi gelombang besar selepas hari raya,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera pelekat kampen ini segera sebelum habis.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.