Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tidak ada perkara yang lebih membanggakan diri saya secara peribadi selain dapat berdiri dihadapan semua sahabat Anwar Ibrahim Club sebagai penganjur Dialog Anak Muda Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim, MeetAnwar6, dan ini julung-julung kali AICMalaysia menganjurkan dialog seumpama ini di luar Lembah Klang.
Tetapi terlebih dahulu ingin saya alu-alukan, Sdr Rafizi Ramli. Anak muda paling elegan dan popular disaat ini. Kepintaran, dan kepetahan berhujah beliau mula menjadi idola anak muda, keberanian beliau membongkar kerakusan tirani begitu memberi inspirasi. Saya juga berbesar hati dengan kehadiran Sdri Siti Aisyah, Srikandi anak muda yang mendahului umurnya. Lantang dan kritis, menempa martabat baru untuk wanita muda seangkatannya dan melihat perubahan sebagai langkah pasti.
Penghargaan terima kasih saya titipkan, pada AICPerak yang merealisasikan dialog ini, dari secebis kertas konsep menjadi sebuah program yang bermakna. Penghargaan buat Sdr Fuadiriza, Sdr Zafril, Sdr Emmiza dan Sdr Afy, sekadar menyebut beberapa nama, saya yakin selepas ini AICPerak akan melahirkan lebih ramai anak muda berani yang bertanggungjawab mengubah landskap pemikiran tempatan.
Semangat untuk merasai perubahan begitu ketara dibumi Perak yang bertuah ini, terdorong oleh sejarah hitam rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang lalu. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua melihat sejarah hitam ini bukan dari sudut politik semata-mata, tetapi dalam kerangka lebih besar iaitu pencabulan hak dan penindasan ke atas demokrasi yang didukung oleh bangsa Malaysia.
Tatacara baru dunia perlu menolak pembodohan pemikiran yang sebegini , apalah nilai segulung ijazah dan kerjaya yang lumayan sekiranya kita hidup dalam kegelapan dan tidak jamak budaya. Dalam usaha ini saya mengakui perubahan tidak akan datang dalam satu malam. Satu ucapan, tidak akan dapat menangkis kecurigaan yang berpuluh tahun menimbun , dan satu dialog tidak dapat menjawab semua pertanyaan. Tapi, saya yakin untuk melakukan perubahan, kita harus bermula dan menyuarakan secara terbuka perkara2 yang selama ini kita lagukan secara terpendam di ruang yang tertutup.
Kita berkeupayaan untuk mencipta Malaysia yang kita inginkan jika kita berani menempa permulaan baru; sementara itu kita perlu terus memperjuangkan cita-cita murni seperti demokrasi , kebebasan dan kemuliaan diri manusia dan sebarang ketidakpedulian terhadap masyarakat sekeliling akan meroboh semua yang diimpikan.
Harapan saya dialog sekecil ini mampu menyalakan sesuatu didalam hati kita, menggerakkan sesuatu di dalam pemikiran kita sebagai anak muda. Bilamana kebangkitan semula anak muda bergerak, demokrasi dan budaya akan menjalin satu kesepakatan dalam membina permulaan baru.
Izinkan saya memetik kata-kata Rabindranath Tagore, penyair India terkenal dalam bukunya The Myriad - Minded Man
Malam sudah berakhir
Nyalakan lampu di sudut sempitmu yang dikotori jelaga
Pagi yang agung untuk semua terbit di Timur
Biar cahayanya menerangi jalan kita yang bermakna
Sekian sahaja daripada saya. Nah, maka saya serahkan majlis yang bersejarah ini, sebagai mahkota kebangkitan minda anak muda di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Artikel diatas adalah Ucaptama Presiden AIC Malaysia, Saudara Saifuddin Shafi pada Program #MeetAnwar6 di HillCity Hotel, Ipoh Perak, siang tadi.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.