Gambar Kapal Terbang Jatuh Atas Rumah Semalam

| comments

Petang Semalam, sebuah pesawat Fokker F-27 milik TNI-AU terhempas di kawasan perumahan Rajawali dekat Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma menyebabkan Sejumlah 10 orang terbunuh, tujuh daripadanya anggota Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) manakala tiga lagi orang awam.

Ini bukan berita main-main, memang betul kapal terbang itu jatuh atas rumah, kejadian itu menyebabkan Tiga orang iaitu dua kanak-kanak dan seorang wanita terbunuh , mereka merupakan penghuni sebuah rumah yang ditimpa pesawat itu.

selain 7 anggota tentera dan 3 orang awam yang maut dalam kejadian itu, Sekurang-kurangnya 12 penghuni beberapa rumah yang turut rosak kerana ditimpa pesawat itu, cedera dan dirawat di hospital.

Jurucakap TNI-AU berkata pembantu juruterbang itu Leftenan Satu Paulus Adi, sebelumnya merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas itu tetapi kerana mengalami cedera parah,mangsa meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pusat TNI-AU (RSPAU) Jakarta malam tadi.

Pesawat malang buatan Belanda itu dikatakan telah berlepas pada pukul 1.30 petang dari pangkalan udara berkenaan untuk latihan rutin sebelum ia terhempas menimpa lapan rumah dalam kompleks perumahan Halim Perdanakusuma pada pukul 2.40 petang ketika sedang bersiap sedia untuk mendarat di landasan utama Halim Perdanakusuma selepas tamat latihan.

Pesawat jenis ini dikatakan paling kerap terhempas, berikut antara data yang boleh didapati dilaman google berkenaan kejadian malang berkait dengan pesawat ini.

1. Pada 10 Jun 1960, pesawat Fokker F-27 milik Trans Australia Airlines terhempas di Queensland, Australia, dan menyebabkan 29 korban.

2. 6 Ogos 1970, pesawat Fokker F-27 turboprop milik Pakistan International Airlines terhempas ketika berlepas dari landasan di Islamabad, menyebabkan 30 penumpangnya meninggal dunia.

3. 8 Disemberr 1972, pesawat Fokker F-27 milik Pakistan International Airlines terhempas di Gilgit, Pakistan, menyebabkan 26 terkorban.

4. 15 September 1978, pesawat F-27 milik Angkatan Udara Filipina terhempas, 15 dari 24 penumpangnya meninggal dunia, 17 yang berada di darat juga maut.

5. 29 Mac 1979, pesawat Fokker F-27 milik Quebecair terhempas setelah berlepasdari Jean Lesage International Airport, Quebec City. Kecelakaan itu menyebabkan 17 orang meninggal dunia dan tujuh orang cedera.

6. 26 Mei 1980, pesawat Fokker F-27 milik Angkatan Udara Nigeria terhempas akibat hujan lebat, menyebabkan 30 penumpangnya meninggal dunia.

7. 4 Ogos 1984, pesawat Fokker F-27 milik Biman Bangladesh Airlines yang terbang dari Chittagong terhempas berhampiran Shahjalal International Airport. Kesemua 45 orang dan empat orang krew maut.

8. 23 Oktober 1986, pesawat Fokker F-27 milik Pakistan International Airport terhempas ketika mahu mendarat di Peshawar, menyebabkan 13 dari 54 penumpang pesawat meninggal dunia.

9. 8 Disember 1987, pesawat Fokker F-27 milik Angkatan Laut terhempas di Lima, Peru, menyebabkan seluruh anggota kesebelasan club Alianza Lima yang berada dalam peaswat itu maut.

10. Pada 19 Oktober 1988, sebanyak 32 orang maut akibat kecelakaan pesawat Fokker F-27 dekat Guwahati, India.

11. 25 Ogos 1989, Fokker F-27 milik Pakistan International Airlines yang membawa 54 orang hilang dan namun bangkai pesawat tidak ditemui.

12. 12 Februari 1990, Fokker F-27 milik TAM Airlines yang terbang dari São Paulo-Congonhas ke Bauru, gagal mendarat di landasan hingga merempuh kereta yang melintas dijalanraya berdekatan landasan, pemandu kereta dan dua penumpang kereta berkenaan meninggal dunia.

13. 8 November 1995, pesawat Fokker F-27 milik Argentine Air Force yang terbang dari Comodoro Rivadavia ke Córdoba merempuh gunung Champaquí di Córdoba, menyebabkan 52 meninggal dunia.

14. 11 November 2002, pesawat Fokker F-27 milik Laoag International Airlines terhempas di pantai Pantai Manila, menyebabkan 19 dari 34 penumpang maut.

15. 20 Februari tahun 2003, pesawat Fokker F-27 milik tentera Pakistan terhempas di baratlaut Pakistan, menyebabkan pemimpin Angkatan Udara Pakistan, Air Chief Marshal Mushaf Ali Mir, isterinya dan 15 penumpang lain meninggal dunia.

16. 10 Jun 2006, pesawat F-27 milik Pakistan International Airlines yang membawa 45 orang terhempas tidak lama selepas berlepas dari bandara Multan airport, semua terbunuh.

17. Tanggal 6 April 2009, pesawat F-27 milik Angkatan Udara Indonesia jatuh di Bandung, menyebabkan 24 penumpang. Hujan lebat dikatakan menjadi penyebab pesawat itu merempuh hanggar ketika melakukan pendaratan.

18. Semalam 21 Jun 2012, pesawat Fokker F-27 milik Angkatan Udara Indonesia jatuh di timur Jakarta, beritanya telah anda baca diatas.

Gambar di tempat kejadian semalam.









Salam Takziah,


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit