Umno ajak Perang Bendera, tapi kene gelak

| comments


Tindakan koordinator BN Selangor mengeluarkan arahan supaya pegawai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera di stesen komuter merupakan tindakan "kebudak-budakan", kerana ia akan menjadi bahan ketawa pengamat politik luar kerana menunjukkan "kerendahan pemikiran parti politik menghina minda rakyat."


Itu bukan "tukanglawan" yang katakan, tapi itu adalah apa yang diperkatakan oleh Presiden NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid sebagai mengulas tindakan membenarkan pemasangan bendera "timbang kati" di kawasan hak milik KTMB.

"Rakyat pasti tidak dapat menerima kegelojohan parti politik yang  memenuhi bendera ditempat awam bertujuan berkempen kerana ia seperti tindakan kebudak-budakan," katanya dalam satu kenyataan media.

Bab tu, memang "tukanglawan" sangat setuju, kadang kala bukan setakat kebudak-budakan, memang pun budak -budak sekolah dipergunakan bagi merialisasi impian "timbang kati" untuk terus berkuasa, kan ke bodoh tu, mahasiswa tak boleh campur politik., tapi budak -budak sekolah boleh la, akal BN ni kadang kala memang "sakai" cikit.


Nampak benar parti "timbang kati" memang tak profesional, ada jawatan salah guna, sampai kawasan KTMB pun suka suka nak gantung bendera, masalahnya bendera "timbang kati: je pulak tu, nak main perang bendera kot puak umno nei.

Korang perang bendera la banyak-banyak, gantung dekat kubur sekali la, nanti pengundi hantu bangun, senang, diorang takyah susah nak semak diorang nak undi sapa. hahahaha, gantung la banyak mana pun kalau  dan nak kalah tu kalah juga.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit