Saudara kita Perlukan bantuan

| comments

Tiba-tiba, "tukanglawan" terlihat satu gambar di muka-muka buku, mula disebarkan sejam yang lepas lebih kurang ( jam 10 malam ) terus "tukanglawan" lihat dan amati, wajah orang didalam gambar tersebut memang kita kenali.
Gambar tersebut menyatakan saudara kita itu (Bob) sedang sangat memerlukan pertolongan, "tukanglawan" tiada kemampuan untuk menolong dari segi kewangan, mungkin dengan berkongsi artikel ini lah sahaja dapat dilakukan.

Bukan bertujuan untuk mengaibkan, tapi kita harus sedar bahawa apakah jaminan kita sebagai rakyat, perlu sangat kah berbangga dengan bangunan besar dan gedung mewah yang sikit pun tak kene mengena dengan kita, bob ketika sedang amat memerlu bantuan hanya ada RM36 dalam akaun simpanannya.

Perlu kita ingat masih banyak rakyat yang susah di luar sana, bob lokman satu kisah, pasti ada lagi kisah lain diluar sana., bob kita kenali kerana dia seorang artis, bagaimana dengan nasib saudara kita yang lain?, mungkin ada yang "mati kering tanpa bantuan", sedangkan artis juga ada masa-masanya amat sukar.

Payahnya hidup dimalaysia, apakah perkhidmatan kesihatan ini sudah cukup bagus ( atau boleh diperbaiki lagi?).

Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Mujurlah beberapa rakan bob datang tampil membantu, namun inilah nasib artis kita, penderitaan mereka tak siapa yang tahu.

"tukanglawan" berpandukan cerita ini dari sebaran di facebook, sejauh mana kebenarannya tidak pula "tukanglawan" tahu, saat ini jika benar Bob sedang dalam keadaan sukar dan sedang memerlukan bantuan kita, haruslah kita membantu, memang sudah Realiti kehidupan- semakin maju kita, semakin pentingkan diri sendiri., sikap itu harus diketepikan, sepatutnya makin kita maju, makin kita jadi lebih perihatin.

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank (112371007047)

'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

HEBAHKAN

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit