Najib Ada gambar Dengan Altantuya

| comments

Mana najib mau lari, sebab najib kata dia tak pernah jumpa dan kenal dgn al-tantuya, ingat tak penafian tu lagi?, takkan korang tak ingat kot.

Najib nei bukan setakat terkenal dalam negara, malah juga terkenal seluruh dunia, bukan apa, sebab kes kapal selam tu la. sampai peguam dari perancis datang cari, sampai KL peguam tu pulak kene hambat balik.

Mengapa sampai begitu sekali, pasti ada benda tak kena ni.

Penafian Najib dulu, kononnya tak penah jumpa altantuya disangkal bapa altantuya sendiri, Setev Shaariibuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak. hah, gambar bagaimana tu tak tau la "tukanglawan"

Najib tak takut ke kalau Rosmah tengok gambar tu, mesti ROsmah marah sangat nanti.

Dalam sidang media bersama NGO hak asasi manusia Suaram semalam, bapa altantuya mendakwa, Altantuya ada menunjukkan gambar yang diambil bersama dua lelaki.

Setev mendakwa, dua lelaki berkenaan kemudian disedarinya sebagai Najib dan Abdul Razak Baginda.

Melalui penterjemah, Setev mendakwa, Altantuya memberitahunya sebelum bertolak ke Malaysia pada Oktober 2006 bahawa anaknya itu akan bertemu Razak untuk mendapatkan bayaran yang dijanjikan bagi kerja penterjemahan untuk “beberapa syarikat.”

Tapi yang peliknya sampai ke malaysia altantuya mati di "BOM C4 kan" kemudian rekod kemasukkan dalam negara "dipadamkan".

altantuya kata nak tuntut bayaran je, kenapa sampai dibunuh begitu rupa, korang tak rasa pelik ke dalam kes satu ni/

lebih pelik lagi, bila Razak baginda didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya ialah orang yang dikatakan rapat dan mengenali altantuya, tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri, unik kan malaysia?

Yang kene hukum gantung sekarang ialah orang yang "diarahkan" oleh tangan ghaib, nak kata mereka sengaja bunuh altantuya, takde motif pun, sebab bukan altantuya mintak hutang dekat diorang pon, lagi pun diorang takde motif langsung, pelik-pelik....

Apa pun, best la najib dapat ambik gambar dengan altantuya.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit