Bagi menghalang kemaraan rakyat yang akan mula membanjiri dataran merdeka hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula menutup sekeliling Dataran Merdeka bermula jam empat pagi tadi.
Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, kira-kira 30 mahasiswa termasuk orang awam lain yang berada di padang dihalau keluar oleh penguatkuasa DBKL sebelum sekeliling padang diletakkan pagar besi dan penghadang.
"Kami cakap pada DBKL, notis mengosongkan Dataran Merdeka jam enam pagi, kenapa jam empat pagi dah halau. Kami kata, kami cuma duduk, tak buat apa-apa pun. Tapi DBKL minta kami keluar juga," katanya
Selepas dihalau keluar, mereka berkumpul dan meletakkan barang-barang di seberang jalan, bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Mereka bertekad untuk kekal di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan Bersih 3.0, esok.
Kali ini DBKL menjadi balaci Umno, Hishamuddin keris lepas tangan kerana tidak mahu lagi menerima kritikan dan kutukan seperti apa yang terjadi pada BERSIH 2.0
Kerajaan lepas tangan, BDKL Jadi Mangsa, kan lebih mudah kalau DBKL bagi saja dari terus jadi Proksi Najib dan sekutu.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.