Sepatutnya pada PRU ke 12 yang lalu, bukan lagi BN yang berkuasa, kemenangan BN pada 2008 adalah kerana tindakan jahat oeleh orang umno sendiri, semua sudah tahu bahawa Pengerusi dan timbalan pengerusi SPR adalah Ahli umno, jadi siapa yang boleh kerat jari kata sistem pilihanraya di negara ini terutama beberapa tahun lepas sebagai bersih?
Sebab Umno tahu mereka perlu kekal berkuasa, jadi pengerusi SPR dilantik dari kalangan mereka, jika anda faham bagaimana sistem lantikan pengarah dan ahli SPR dijalankan sudah tentu anda tahu ada campur tangan politik.
Walaupun SPR dicanang dibawah suruhanraya diraja, tetapi penjawat jawatan tertinggi SPR di"nasihatkan" lantikannya oleh Pm kepada agong sebelum dipersetujui. jadi bila "dinasihatkan" sudah pasti individu itu dipilih dan ada perancangan umno sendiri untuk letak siapa mereka mahu.
Kenapa mereka letak siapa mereka mahu?, kerana mereka mahu bermain taktik jahat yg selalu kaki games guna bila sudah terdesak, dalam istilah komputer games ia dipanggil "cheat" dalam istilah demokrasi ini dipanggil " pembelot"
Oleh sebab itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menjelaskan sama ada mereka ahli Umno atau isytihar keluar parti.
Satu tindakan paling hina bila "orang umno" mengawal SPR, kerana keputusan dan taktik jahat boleh dibuat atau diubah untuk memenangkan umno dan sekutu . tindakan itu tidak lain tidak bukan mengkhianati suara rakyat.
Apabila seseorang dilantik sebagai ahli SPR sebagaimana di dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan mereka perlu bertindak secara 'non partisan' supaya mereka diyakini dan dipercayai oleh rakyat.
Di dalam perlembagaan Perkara 114(2) menyebut 'pada melantik ahli SPR Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan sesuatu SPR yang mendapat kepercayaan awam'
"Apabila seseorang ahli SPR menganggotai parti politik pada masa sama tunjuk sikap prejudis sekali gus tidak mungkin dapat lahir kepercayaan awam. Mereka perlu bertindak dan memperlihatkan tidak memihak mana-mana parti politik," kata Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.
Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu.
" Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin.
Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu.
" Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin.
Kalau bukan sebab 2 ahli umno ini, sudah pasti BN sudah kecundang pada 2008, atau lebih awal dari itu lagi. pasti malaysia akan lebih sejahtera dari sekarang bila BN dikuburkan.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.