Warkah Pilihan ( Undi oh Undi)

| comments

Tukanglawan mendapat satu email yang cukup istimewa, ia merupakan luahan hati seorang anggota keselamatan yang mahukan perubahan, ini membuktikan mereka juga seperti kita, sudah muak dengan sandiwara rejim pemerintah yang sanggup lakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa.

Isu utama yang disampaikan ialah berkaitan penipuan undi pos, kerana itulah tidak hairanlah jika Umnoapco menang besar di kawasan yang pasti ada kem tentera,

Sebelum ini sudah banyak isu berkaitan perkara ini dibongkarkan, ini satu lagi bukti yang anda perlu tahu, satu luahan hati dari seorang yang mahukan perubahan.

Mari kita baca warkah sahabat kita tersebut. (Diubahsuai sedikit)

Buat tatapan saudara pengarang, sedikit info untuk anda..

Undi mengundi, undi pos dan yang sewaktu dengannya... memang saya tidak nafikan berlakunya pembohongan,kencing, auta dan yg sewaktu dengannya didalam proses pengundian terutama didalam Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM.

Apa yang saya ingin tekankan disini adalah sekadar pemantau dari wakil-wakil yang bertanding adalah tidak mencukupi.

Ini adalah disebabkan penipuan berlaku bukan semasa proses pembuangan undi oleh anggota yang terlibat tetapi ianya lebih awal dari yang dijangka dan berakhir lebih lewat dari yang disangka!

Percaya atau tidak, bermulanya tarikh pilihan raya diishtiharkan kepada umum, pegawai-pegawai dari ATM dan PDRM telahpun dibeli oleh wakil BN yang bertanding! Ini fakta bukan Auta.

Ada sahabat-sahabat dari cabang perkhidmatan PDRM meluahkan perasaan sesama dalam isu pilihan raya... Kami (Anggota PDRM) kena mengadap Boss dahulu sebelum pangkah.

Bos  mereka akan bertanya kau nak pangkah apa wahai sifulan bin sifulan. Kalau kau pangkah BN kau boleh ambil duit RM250 ini, kalau kau pembangkang duit ini aku yang punya. Apa nak jadi kat kau lepas ni kau jangan tanya.... ( Nampak seperti satu ugutan)

Persoalan yang timbul di benak saya dari mana datang duit Boss dia ambil duit sebegitu banyak ?....

Ok... Kita tinggalkan bab PDRM.. Jumpa anggota ATM pula..

Insan Pertama
Soalan : Buddy, kau layak mengundi tak?
Jawapan : Layak... Gile kau, umur dah 30 lebih dari layak bro...
Soalan : Kau dah mengundi ke belum?
Jawapan : Belum... Lepas ni kot... Banyak lagi kertas undi yg aku nak kena pangkah...

Insan kedua
Soalan : Boss dah berapa kali mengundi?
Jawapan : tak pernah pun...
Soalan : Kenapa pulak jadi macam tu?
Jawapan : Asal time mengundi aku kena operasi. Lepas tu anggota semboyan bagi tau kertas undi dah kena pangkah. balik nanti kompeni
dapat cuti tanpa rekod 2 minggu...

Sebenarnya banyak lagi yg aku nak cerita di sini... tapi aku malas nak menaip.....
Cadangan aku
1. Semak senarai pengundi atau kekuatan penuh pengundi bagi setiap Kem Tentera.
2. Jumlah anggota
Jadi, apakah kita masih mahu berikan undi kita kepada mereka, sedangkan mereka menang besar dengan cara yang salah,  mereka menang dengan menipu, dan kerana penipuan tersebut, apakah mereka sebenarnya layak mentadbir negara?.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit