Perdebatan Najib-Anwar hanya mitos

| comments

 Mengikut perkiraan pengamal politik tempatan, perdebatan yang sering diuar-uarkan hanya mitos semata-mata.  Sudah banyak NGO-NGO dan media yang ingin penganjurnya tetapi apakah penyebab utama perdebatan ini selalu menemui jalan buntu??Adakah masalah ini timbul dari pihak Dato Sri Anwar Ibrahim (DSAI) atau sebaliknya. Inilah menjadi isu utama yang kita bincangkan.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Centre pada 10-14 februari, sebanyak  54 peratus responden yang bersetuju untuk menjemput  DSAI dan Najib Razak untuk duduk satu meja untuk berdebat. Sokongan yang tinggi datangnya dari pengundi muda yang mahukan DSAI dan Najib Razak untuk berdebat tentang idea dan dasar kerajaan yang bakal dijalankan selepas kemenangan PRU ke 13.

Menurut Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, penyebab utama perdebatan ini sering dibatalkan kerana kebimbangan wujud dalam diri Najib Razak kerana berkemungkinan rakyat akan dapat menilai belanjawan Pakatan Rakyat lebih baik daripada belanjawan Korupsi Barisan Nasional. Ini telah dibuktikan dengan perdebatan DSAI dengan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Selepas perdebatan ini, rakyat mendapat satu informasi yang penting iaitu negara tidak akan bankrap apabila harga minyak diturunkan yang telah membidas fakta kuno kerajaan iaitu negara akan bankrup apabila kerajaan menurunkan harga minyak.

Perdebatan ini sepatutnya berlaku sebelum PRU ke 13 kerana ia amat penting untuk Najib Razak menjelaskan isu ketirisan ekonomi yang berlaku dalam negara. Melalui perdebatan inilah dapat boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat. Selain itu ia juga dapat membuka akal fikiran rakyat untuk memilih perikatan manakah yang harus mereka angkat sebagai kerajaan baru selepas PRU ke 13.

Menurut Mahathir, jika perdebatan ini benar-benar berlaku sebelum PRU ke 13, berkemungkinan besar Anwar akan memenangi hati rakyat. Ini adalah jangkaan awal Mahathir sekiranya perdebatan ini berlaku. Saya jelaskan sekali lagi bahawa perdebatan ini perlu dilakukan sebelum PRU ke 13.Sebagai contoh jika di Amerika Syarikat, calon Parti Republikan perlu mengharungi beberapa kali perdebatan untuk menjadi calon yang terbaik untuk pilihanraya presiden. Jika kita dengar cara ucapan yang diberi oleh Mahathir telah menceritakan kerisauan beliau jika perdebatan ini akan berlaku. Mengapa perlu kita mendengar kata-kata yang disampaikan oleh mantan perdana menteri dan menenggelamkan suara-suara majoriti rakyat yang mahukan dua pemimpin ini berdebat.

Saya menyeru kapada rakyat untuk lebih bersuara untuk menyatakan kehendak rakyat yang mahu menembungkan dua pemimpin ini untuk berdebat. Jangan pula rakyat bangkit untuk turun ke jalan berdemonstrasi untuk menyatakan kehendak mereka untuk merealisasikan perdebatan ini. 

INI HARUS JELAS





Kolumnis:Mulut Kecoh


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit