Undi Pos - Bekas komando dedah penipuan

| comments



Nampaknya SPR kali ini sudah tidak upaya mahu menyembunyikan lagi penipuan dalam proses undi pos, rentetan peristiwa rakyat turun dalam himpunan menuntut pilihanraya Bersih dan adil (BERSIH 2.0)  yang dijalankan tidak lama dahulu, kini lebih ramai saksi tampil membongkar rahsia penipuan undi pos.

BERSIH 2.0 sebelum ini menuntut supaya suruhanjaya tersebut mereformasikan sistem undi pos, yang dilihat tidak bersesuaian dengan keadaan negara ketika ini,  permintaan mereformasikan undi pos adalah antaranya seperti  dibawah

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

 
Telah tampil beberapa orang saksi dikalangan bekas anggota polis dan tentera sebelum ini, mereka menyatakan bahawa mereka diminta oleh pegawai atasan untuk mengundi bagi pihak anggota lain, ini bermakna, kebanyakan anggota polis dan tentera sendiri tidak pernah mengundi.

Namun semalam,seorang pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar yang berpangkalan di Butterworth, tampil membuat kenyataan berhubung penipuan undi pos
Mohd Kamel menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.


Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.

"Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar Mohd Kamel lagi


Kini telah tampil beberapa orang saksi yang mendedahkan penipuan undi pos, inilah yang sangat ditakuti oleh kerajaan umnoapco dan SPR, mungkin lebih ramai lagi yang tampil membuat pendedahan selepas ini, kerana mereka rasa mereka bertanggungjawab tegakkan kebenaran.



@TUKANGLAWAN Rayu lebih ramai saksi tampilberi kenyataan, Sayangi negara anda .




"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit