Contoh kegagalan dasar penswastaan oleh be-eNd

| comments


Tindakan pihak pengurusan Dawama Sdn Bhd yang memberikan Notis Cuti Tidak Bergaji (Unpaid Leave) tanpa merujuk kepada Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Dawana adalah suatu yang amat tidak professional.

380 orang pekerja Dawama Sdn Bhd yang merupakan syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah keluaran dewan bahasa dan pustaka (DBP) itu kini terpaksa hidup dalam keadaan yang sukar selepas syarikat itu mengeluarkan notis cuti tanpa gaji, yang juga tidak menetapkan tempoh sehingga bila berkuatkuasa.,

Walau bagaimanapun Kementerian Pelajaran  menegaskan kerajaan membayar  wang jutaan ringgit kepada syarikat itu tanpa sebarang bayaran tertunggak.

“Pengurusan syarikat yang sepatutnya dipecat bukannya para pekerja. Ketika umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa, tindakan ini zalim dan tidak bertanggungjawab.Inilah akibat dasar penswstaan yang tidak mematuhi prinsip. Ia sepatutnya membela kebajikan pekerja, tetapi sebaliknya hanya mengkayakan kroni,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali..

Malah Dawama Sdn Bhd juga dilaporkan masih belum membawar gaji bulan Julai.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja Dawama, Zainal Awit mendakwa mereka diberikan surat cuti tanpa gaji pada 29 Julai 2011 tanpa sebarang rundingan.

“Dawama memberikan alasan tidak mampu lagi menjalankan operasi. Persoalannya bukankah syarikat ini mendapat tender terus dari kerajaan untuk mencetak buku-buku teks? Bagaimana boleh muflis dan tak mampu bayar gaji pekerja?” soal Zainal.

Beliau menambah, Dawama tidak memasukkan caruman potongan gaji pekerja untuk SOCSO, EPF, potongan zakat dan pinjaman perumahan.

“Kemana perginya wang itu? Ini telah pecah amanah,” kata Zainal dengan nada kesal.





Tambah mengecewakan, 4 memorandum dan rayuan yang dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak 4 kali pada 17 Februari, 6 Julai, 27 Julai dan 30 Julai gagal mendapat jawapan.

Sementara itu mewakili 80 pekerja-pekerja wanita Dawama yang teraniaya, YB Hajah Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Wanita Parti KEADILAN yang juga Merangkap Ahli Parlimen Ampang menyokong usaha dan gesakan Persatuan Sekerja Dawama agar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan dalam isu ini.



"Apa yang berlaku juga menunjukkan suatu bukti kegagalan dasar penswastaan oleh Kerajaan Pusat BN. Penjanjian antara Dawama-DBP-Kerajaan harus dikaji serta-merta agar nasib dan hak pekerja Dawama ini terbela". Ujarnya lagi.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, ditemani Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani  hadir menerima memorandum dari wakil 380 pekerja kilang Dawama di AU3 Keramat, semalam.

Pakatan rakyat komited menjaga hak golongan pekerja, sedangkan dasar penswastaan oleh kerajaan pusat Bn nyata membebankan golongan pekerja dan hanya menjaga periuk nasi kroni mereka, inilah buktinya.

@TUKANGLAWAN Simpati kepada nasib 380 orang pekerja ini, mereka menghadapi kesukaran hidup akibat perbuatan ini.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit