Air mata ahli Umno ibarat air ketumban.
APA sudah jadi dengan UMNO? Itulah persoalan yang terus menghantui ramai orang Islam di negara ini. Banyak isu kritikal yang melibatkan kepentingan Islam tidak mendapat pembelaan UMNO.
Nama sahaja menggunakan istilah Kebangsaan(Islam?) dan mendakwa memperjuangkan Islam tetapi realitinya - tidak. Terdapat pertubuhan Islam di Indonesia turut terkejut dengan perubahan yang dibawa oleh pemimpin Umno yang cenderung ke arah Pemerintahan Sekular dan menyisih agama.
Dalam beberapa isu murtad, Umno yang suatu ketika seperti kononnya gajah naik minyak memperjuangkan kesucian Islam, kini menjadi seperti tikus ketakutan dan hanya mengalihkan isu isu tersebut kapada isu ekonomi.
Sudah menjadi rahsia terbuka, ketakutan Umno adalah kerana mahu menjaga hati MCA,Gerakan,MIC dan BN serta percaturan undi bukan Islam. ‘‘Kita mengambil pendekatan hati-hati supaya tidak mahu melukakan hati pengundi kat umno. Ana dah terangkan dulu, Umno kalau hendak menang lebih baik (besar), mesti mendapat sokongan orang Cina/India dan semua bukan Islam.’’ Demikian komen seorang aktivis UMNO dan BN menerusi blog Penyokong Umno. wordpress. Sentimen dan hujah itulah yang memerangkap ramai pemimpin kanan UMNO sehingga kelihatan tergamak melacurkan Islam demi politik.
Sehingga hari ini, UMNO masih belum menyatakan pendirian berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang didokong oleh umno sendiri yang mencipta provokasi didalam bulan Ramadhan ini terhadap sebuah gereja yang dipercayai menjalankan gerakan murtad ke atas beberapa individu Islam.
Suara beberapa kerat pemimpin UMNO seperti Presiden Umno sendiri, Nojiburi Nazak yang tudak mahu parti itu menyatakan pendirian, sedikitpun tidak diendahkan. Sebaliknya PAS dicerca dan di fitnah kerana ketegasan beliau mempertahankan kepentingan Islam dalam isu kemelut Jais-gereja.
Perkembangan tersebut rupa-rupanya meresahkan rakyat di peringkat akar umbi. Malah IB diberitahu ada kalangan penyokong Umno sendiri yang menangis apabila melihat pemimpin UMNO seperti Presiden mereka melawat gereja vartican yang cuba memurtadkan orang Islam. Air mata menitis di bulan Ramadan kerana mengenangkan kegagalan parti Umno untuk membela Islam dan bangsa mereka sendiri dan hanya penyalahkan PAS yang sebenar ikhlas untuk membela dan membangunkan Islam di Malaysia. PAS dan Pakatan Rakyat jauh ke hadapan membela agama Islam dan agama lain juga untuk membantu Keharmonian Negara yang berbilang kaum dan keterunan.
Maka tidak hairan sekiranya NGO Islam,PAS dan Melayu tampil mahu mengambil peranan parti itu dalam menjaga kepentingan Islam yang merupakan agama rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Bukan hanya PERKASA dan juga NGO pro Umno yang hanya senyap membisu dan hanya membuat fitnah demi Kepentingan Umno dan BN dan juga pemimpin mereka sahaja.IB bersyukur dengan reaksi umat Islam Khasnya PAS dan NGO Islam lain bersatu mempertahankan kesucian Islam.
Biarlah UMNO terus menjaga kepentingan MCA,Gerakan,MIC dan undi BN. Ketika parti lain menampakkan kebijaksanaan berpolitik sambil mengutamakan agama mereka, UMNO pula terperangkap dengan kebodohan sehingga menjual agama sendiri dan negara kepada bangsa asing demi untuk mempertahankan kepentingan kuasa dan politik sekular mereka....hehe
Pesanan ini di bawa oleh: Pusat Kajian Startegy IB(IslamBest)Foundation, United Kingdom.
Nak raya dah pun, nak call sana, call sini, sms sana, sms sini dengan #HotlinkHotTiketRamadhan! tak ada yang sejimat ini.. murah sangat... jom try... memang jimat giler
AAAA.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.