“Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana,” katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu. -Sharizat jalil
Mengulas tragedi yang mengorbankan nyawa 16 mangsa di rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat akibat tanah runtuh pada 21 mei 2011 tidak sepatutnya kenyataan tersebut keluar dari mulut seorang menteri
adakah sharizat tidak peka pada perasaan ahli keluarga dan orang awam sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut, atau adakah kenyataan tersebut mengambarkan sikap "LEPAS TANGAN" beliau sebagai menteri
sharizat yang kalah diparliment lembah pantai kepada Nurul Izzah dalam pilihanraya lalu itu membuktikan kita tidak lagi memerlukan seorang menteri recycle yang ditolak oleh masyarakat ditempat sendiri, adalah lebih baik jika jawatan itu diberi kepada golongan yang lebih mampu "buat kerja " dari hanya "pandai bercakap" seperti syarizat
Perkara pertama yang harus dilakukan syarizat dalam keadaan kritikal seperti ini adalah seharusnya menyampaikan rasa simpati dan cuba menenagkan keluarga mangsa, bukan menambah kepedihan dengan mengeluarkan kenyataan yang menyatakan " status rumah anak yatim itu diragui kerana tidak berdaftar, dan dia sendiri tidak pasti agensi mana yang harus tampil memberi sokongan"
Persoalannya"adakah kita harus mendaftar dengan mana-mana kementerian untuk mendapat sokongan dan bantuan dalam keadaan seperti ini.?"
atau adakah kenyataan sharizat itu merupakan kenyataan lepas tangan seorang menteri
yang dipertanggunjawabkan untuk mengurus hal berkaitan pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat?.
@TUKANGLAWAN Masih merasakan ada sesuatu yang pelik tentang kenyataan sharizat, menteri recycle ini seharusnya diberi tanggungjawab menguruskan kementerian ,Wanita cantik, menteri recycle dan tudung cantik. boleh tak jangan lantik menteri porak peranda macam nei?
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.