Kenaikan Elaun kakitangan Masjid oleh kerajaan negeri

| comments

Sumber dipetik dari Utara online



Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.
Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman (kanan) berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.

Peningkatan elain itu dibuat seepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.

Kali ini, kerajaan negeri pimpinan DAP itu menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus  tambahnya.

@TUKANGLAWAN Rasa baguslah macam tu, kurang-kurang dapat bantu kakitangan masjid untuk tarik nafas lega sikit, al-maklum laharga barangan semua dah mahal sekarang, nampak kerajaan negeri sekarang lebih perihatin, lebih bagus dapat ketua menteri bukan islam yang perihatan, mungkin kerana gabungan dengan PAS buat mereka menghormati dan lebih memahami, berbanding puak umno yang kata mereka melayu islam, tapi roboh masjid bujal di terengganu
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit