Harga makanan naik167% akibat kenaikan harga minyak
| comments
KUALA LUMPUR: Lonjakan sehingga 167 peratus harga pelbagai makanan sejak bulan lalu menunjukkan kenaikan harga petrol memberi kesan ketara terhadap barangan keperluan harian, Ketua Biro Pengguna KEADILAN, Abdul Rahman Hackem.
Beliau berkata, tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menaikkan harga petrol beberapa kali baru-baru ini, memberi kesan besar kepada pemborong dan peniaga-peniaga kecil untuk menaikkan harga jualan.
“Puncanya syarikat besar cuba menampung kenaikan kos pengangkutan dan kenaikan satu peratus cukai perkhidmatan, memaksa pemborong dan peniaga kecil turut menaikkan harga,” katanya kepada KeadilanDaily.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha’ani Abdullah pula menyeru pengguna memboikot kenaikan harga makanan.
Ini kerana, beliau berkata, kerajaan Malaysia sentiasa ‘cakap’ untuk kawal harga, tetapi hal sebaliknya berlaku.
“Itu drama politik mereka – cakap saja. Sebagai pengguna, kita ada hak. Pilihan kita adalah ketika pilihan raya,” katanya menyeru pengguna untuk memilih kerajaan yang adil pada pilihan raya depan.
Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendedahkan, harga pelbagai makanan melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.
Ia berdasarkan kajian CAP di gerai-gerai sekitar Pulau Pinang yang bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi turut meliputi harga makanan orang Cina dan India.
Kenaikan itu dipercayai berpunca dari kenaikan harga barangan keperluan seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh yang berpunca dari kenaikan harga minyak
@TUKANG LAWAN Seru semua pakat-pakat tukar kerajaan pusat, kerajaan yang ada sekarang sudah jelas tidak mampu memberi faedah buat rakyat, mereka kini sibuk mengaut kekayaan negara tanpa memperdulikan rakyat ..
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.