Memaparkan catatan dengan label wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wanita. Papar semua catatan

Kenapa Najib Masih Berkeras Mahu Jadi menteri Wanita?

| comments

Baru-baru ni Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat melahirkan rasa  kecewa terhadap kegagalan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menjawab isu-isu yang dibangkitkan mereka dalam Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata segala kepincangan bermula apabila Perdana Menteri, najib razak menggantikan sharizat jalil sebagai Menteri.

"Menteri wanita seorang Perdana Menteri jadi terlalu sibuk dan tak ada masa untuk berfikir," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen.

Kenapa agaknya najib tamak sangat sampai nak bolot jawatan banyak-banyak kenapa, najib takkan jadi hero pun jika dia pegang 2-3 jawatan menteri, atau mungkin najib dapat gaji bagi semua jawatan menteri yang disandangnya sampai menteri wanita pun dia nak jadi.

Atau jugak sebenarnya najib tak yakin ada mana-mana ahli wanita umno yang layak jadi menteri wanita?.

Kalau najib tak yakin ada ahli wanita umno yang boleh jadi menteri wanita, bagi sajalah pada wanita mca, dan kalau tak ada pun bagilah pada wanita mic, takkan tak ada seorang penyokong barisan nasional yang layak jadi menteri wanita.

Tamaknya najib merugikan wanita negara ni, ye la, mana boleh seorang lelaki memahami apa yang seorang wanita rasakan, kalau najib seorang lelaki nak jadi menteri wanita, sampai bila-bila pun najib takkan mampu jadi menteri wanita yang betul betul wanita.

Tapi kita tak hairan sangat la kenapa najib masih berkeras mahu jadi menteri wanita, ye la, kalau najib benar-benar lelaki mesti lah dia berani untuk berdebat dengan Anwar. kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

3 Calon Menteri Wanita, Jelas Wanita Umno Tak Seorang Pun layak

| comments

Najib razak merangkap Menteri Wanita disifatkan sebagai jahil dalam ucapannya bersempena Hari Wanita Peringkat Kebangsaan kerana mengatakan wanita tidak lagi memerlukan pergerakan wanita kerana hak wanita sudah diberikan sejak merdeka

Wanita Pakatan Rakyat dalam sidang media di lobi parlimen berpendirian bahawa lantikan Najib adalah satu kesilapan besar yang terpaksa ditanggung oleh seluruh wanita Malaysia.
Untuk itu Wanita Pakatan Rakyat mencadangkan tiga pimpinan NGO wanita yang jauh lebih layak untuk dilantik sebagai Menteri Wanita:

1.      Dr. Cecillia Ng Choon Sim (The PENITA Initiative)
2.      Puan Rabiah Omar (mantan CEO AWAM)
3.      Puan Ivy (CEO Women’s Aid Organisation)

Ketua Wanita DAP kebangsaan Chong Eng, dalam mengulas tindakan jahil Najib itu berkata bahawa Menteri Wanita ini cuba merendahkan martabat serta peranan wanita dan juga peranan NGO wanita di Malaysia.

Najib juga telah melantik dirinya sebagai Menteri Wanita dengan kejahilan ini telah mengaibkan wanita seluruh Malaysia”.

“Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, untuk belanjawan kali ini telah menerima belanjawan paling tercorot. Belanjawan tahun lepas, kementerian telah diberikan peruntukkan sebanyak RM182 juta berbanding tahun ini, kementerian hanya menerima peruntukan sebanyak RM48 juta,” ujar Chong Eng.

Tambah Wanita Pakatan semasa sidang medianya, menurut The Global Gender Index Gap tahun 2011 Malaysia pada keseluruhannya tertinggal jauh dari Negara Asia Tenggara yang lain berbanding Singapura yang berada di kedudukan ke 57 daripada jumlah 135 negara.

Dengan  Najib memegang jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak sudah pasti kedudukan pemberdayaan politik wanita dalam Gender Global Indeks akan menjunam jauh dari kedudukan 115 pada masa ini”.

“Ini adalah satu penghinaan kepada wanita Malaysia seolah-olah wanita Malaysia menghala ke jalan buntu”.

Kah..kah..kah, susah kalau ade seorang lelaki merasakan dia seorang wanita, sudah-sudah la najib, najib itu perempuan ke? kalau bukan,  tak perlu lah jadi menteri wanita. malu kalau orang luar tahu negara ini punya seorang menteri wanita yang jantina nya lelaki. 

Semua najib nak bolot, perdana menteri najib, menteri kewangan yang pengecut tak datang perbahasan belanjawan pun najib , menteri wanita pun najib jugak.. baik najib je jadi menteri.. orang lain tak payah. kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Menteri Wanita Ketepi Wanita Dalam Bajet 2012

| comments

Perdana Menteri, Najib Razak selaku Menteri Wanita gagal membela golongan wanita apabila menyediakan tidak sampai 10 peratus peruntukan bagi kementerian itu dalam belanjawan 2012.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan hanya memperuntukkan RM2.3 bilion daripada RM283 bilion belanjawan 2012 dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Ini membuktikan Najib sebagai Menteri Wanita mengenepikan golongan wanita di negara ini.

“Sedangkan wanita membentuk 50 peratus pengundi di Malaysia. Wanita terpaksa merujuk kepada Kementerian lain untuk mendapatkan hak mereka,” katanya pada sidang media semalam.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, Pakatan Rakyat lebih banyak memberi tawaran kepada golongan wanita di negara ini, antaranya melalui Caruman Wanita Nasional dan penetapan dasar 30 peratus penglibatan wanita dalam pentadbiran.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Wanita Umno dan Isu Skandal Lembu

| comments

Persidangan Wanita Umno sekali lagi mencoretkan satu kelucuan apabila Datuk Seri Shahrizat Jalil cuba mengalihkan isu skandal lembu NFC dengan mencabar Wanita Keadilan memaksa Presiden Parti Kedilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk meletakkan jawatan atas skandal fitnah yang melibatkan suaminya, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin Keadilan kerana memainkan skandal lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan skandal lembu itu, dan tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli.

Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita Umno di sini hari ini. Projek NFC kini disiasat oleh polis. Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.

Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”

“Wan Azizah patut didesak meletak jawatan kerana suaminya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pernah disabit dan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan" kata Shahrizat Jalil sambil disokong oleh gerombolan makcik-makcik Wanita Umno.

Persoalannya, sebagai Ahli Parlimen yang dilantik, Zuraidah Kamaruddin mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan skandal lembu berkaitan wang rakyat, dan sebagai Menteri Senator yang dilantik dari ehsan Umno, beliau harus menjawab tuduhan itu berdasarkan fakta dan bukannya emosi.



Tindakan Shahrizat untuk mengalihkan skandal lembu itu kepada hal yang tidak berkaitan, khabarnya membuatkan pimpinan tertinggi Umno semakin berang dan tidak senang duduk. Ini adalah kerana buat kali pertama dalam sejarah Perhimpunan Agung Wanita Umno, persidangan itu terpaksa dibuka dengan mempertahankan diri dari skandal lembu dan penyelewengan.

Yang pasti, jawapan Shahrizat ini tidak menyelesaikan masalah yang berbangkit malah mengeruhkan lagi keadaan dan menyukarkan Wanita Umno untuk berdepan dengan rakyat terutama wanita menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Hal ini pastilah menambah kerunsingan Najib Razak untuk mengatur strategi baru memandangkan sayap Wanitanya sedang bercelaru.

Serentak dengan itu, hari ini 30 November 2011 bersamaan hari Rabu, Yb Zuraidah kamaruddin, Yb Saifuddin Nasution dan Sdr Rafizi Ramli akan menjawab serangan Umno dalam isu NFC ini serta mendedahkan beberapa bukti baru skandal lembu di peringkat tertinggi NFC. Sidang media ini akan diadakan di lobi Parlimen Malaysia pada jam 4.00 petang.

Siapa Wanita Terberat Di Dunia

| comments




Beliau ialah Pauline Potter dan beliau secara rasmi telah memecahkan rekod dunia sebagai wanita terberat di dunia atau wanita paling gemuk di dunia.,beliau telah disenaraikan sebagai wanita terberat di Guinnes World Records 2012


Pauline berusia 47 tahun dari Sacramento, California, Amerika syarikat, menghadapi kesukaran  dalam aktiviti hariannya seperti  berjalan, menaiki kereta  malah bergerak dan berpusing di katilnya membuatkan Pauline sekarang ni cuba untuk menurunkan berat badannya yang mencecah 700 pounds atau seberat 317.5 kg itu.

Pauline menyatakan bahawa gen yang dibawanya itu menyebabkan dia menjadi obese. Sejak kecil lagi, dia dibesarkan dengan pelbagai makanan yang mampu menaikkan berat badannya, Emaknya memiliki berat lebih 181 kg dan bapanya melebihi 272 kg. 7 dari 8 orang adik beradiknya memiliki berat melebihi 136 kg.

Pauline Potter sendiri menyesal dengan keadaannya sekarang ini dan masih berusaha untuk menurunkan berat badannya kerana bila dah berat sangat begini mesti banyak masalah timbul..baik dari segi kualiti hidup mahupun kesihatan
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit