BN sedang menghadapi situasi cemas terhadap perubahan politik di Sabah terutama selepas kemasukan beberapa wakil rakyat daripada parti itu ke dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).
Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, rakyat sekarang semakin bijak untuk menilai sama ada manisfesto yang diutarakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘gula-gula’ politik atau sebaliknya.
“Rakyat sekarang bukan seperti zaman 60-an atau 80-an dulu, mereka sudah sedar dan bijak,”
“Anwar bukan pemimpin kampung yang hanya tahu menabur janji, beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang tahu bagaimana untuk memerintah sebuah negara, beliau tahu formula untuk merealisasikan manifesto Pakatan Rakyat,”
“Rakyat di Sabah sekarang sudah berkobar-kobar untuk menukar kerajaan, dan kami PPS akan terus menyumbang kepada kekuatan Pakatan yang sedia ada,” kata beliau.
Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong Pakatan.
Pada 30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan ditentukan kemudian.
Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan.
Sementara itu satu analisis yang dilakukan mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 33 dewan Undangan negeri di Sabah berkemungkinan akan dirampas oleh Pakatan Rakyat, nak tahu senarai Dun Tersebut?
Akan "tukanglawan" kongsikan nanti.
Akan "tukanglawan" kongsikan nanti.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
GoD Bless Sabah!!! GOOD LUCK PR!!! sia sokong!!!
BalasPadam