Mengulas kata-kata Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Agos Cholan berkata walaupun badan itu umpama "perniagaan "yang memerlukan komitmen, ia tetap bukan bank.
Sapa yang cakap PTPTN tu bank.. adoi, kalau bank mesti la BTPTN ( Bank Tipu pelajar tertipu negara ) , tapi yang pasti PTPTN dapat untung setiap kali bagi pinjaman.
Kata Agos , pelajar yang tamat pengajian seharusnya tidak mempunyai masalah membayar semula wang tersebut sekiranya menjadikannya satu keutamaan.
"Antara sebab kenapa ada sesetengah individu yang tidak bayar bukan kerana mereka tidak mampu, tetapi mereka tidak memberi keutamaan untuk membayar wang pinjaman PTPTN" katanya
Tapi terfikir pulak "tukanglawan" nak jadikan keutamaan macam mana kalau keluar U.. kerja pon belum tentu dapat lagi. bukan ke keutamaan mula-mula stabilkan ekonomi lepas belajar? , dah stabil nak juga beli motor untuk ulang alik kerja.. hutang lagi, nak juga bantu family .. bantu mak bapak adik adik... nak juga keluar dating... ade jodoh mahu kahwin... so macam mana nak jadi keutamaan, lain la sebulan gaji 6-7 ribu...
ini setakat gaji RM1600 macam mana?
ini setakat gaji RM1600 macam mana?
"Jadi kami menggunakan kaedah senarai hitam dan tidak boleh ke luar negara kepada individu yang tidak membayar pinjaman PTPTN sebagai langkah untuk mengutip hutang. Kita profesional, bukan pakai Ah Long," kata Agos lagi.
Ok la, kalau dalam negara ni bekas pelajar tu susah sgt nak dapat kerja, tapi dengan apa yg dia belajar tu ada peluang kerja di negara asing, dan ditawarkan gaji yg lumayan dan peluang timba pengalaman, kenapa nak sekat?
Adil kah?, adoi.. tak fikir ke?, nak bantu konon, tapi bekas pelajar terhalang dari dapat hidup lebih baik.
Sampai bercucu bercicit kene ikat dengan hutang?, begitulah rakyat dikawal kerajaan.
Bukan apa, beri pinjam memang la kene bayar, tapi kenapa Bunga (RIBA) melampau sangat ? PTPTN Along la, beri pinjam dengan bunga yang tinggi, kurang cikit takle ke? kata MAU TOLONG... kenapa macam mau Sembelih ni
Adil kah?, adoi.. tak fikir ke?, nak bantu konon, tapi bekas pelajar terhalang dari dapat hidup lebih baik.
Sampai bercucu bercicit kene ikat dengan hutang?, begitulah rakyat dikawal kerajaan.
Bukan apa, beri pinjam memang la kene bayar, tapi kenapa Bunga (RIBA) melampau sangat ? PTPTN Along la, beri pinjam dengan bunga yang tinggi, kurang cikit takle ke? kata MAU TOLONG... kenapa macam mau Sembelih ni
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.