Letak La Pagar 13 Lapis pun, Kami Akan Rempuh

| comments

"tukanglawan" memang suka sangat baca blog kawan "tukanglawan" sorang ni, macam mana dia boleh dapat cerita-cerita hot pon "tukanglawan" tak tahu. tambah pulak ulasan yang dia buat memang sangat-sangat best la.

Bercerita tentang tindakan "strategik" yang tak berapa bijak oleh DBKL dengan meletak 3 lapisan pagar di keliling dataran merdeka bagi menghalang kemaraan rakyat yang mahu turun pada esok hari memang la agak lawak dan kelakar.



Betullah kata sahabat Blogger "tukanglawan" tu, letak la 10 lapis pun tak siapa yang heran, cuma kami ni agak hairan kerana setakat itu saja ke DBKL mampu fikir, kah..kah..kah.

Cuba la gali parit keliling dataran tu, atau bina tembok macam tembok yang Israel bina nak pisahkan palestin dengan Israel tu, baru la tak boleh lompat?. kah..kah..kah.

Kalau setakat 3 lapisan pagar macam DBKL bubuh tu, budak kecik pun boleh alih.


Ehhh kenapa KDN tak tunjuk muka erk kali ni, kalau tak sana sini dah tangkap?, kalau tak dah ada kawat berduri kat dataran untuk halang orang datang, kalau tak malam nei start la roadblok sana sini.

Ala, korang tak kan tak tau, Sebab Hishamuddin takut kene tembak lagi dengan rakyat la tu. lagi-lagi DBKL yang jadi kambing hitam.

Buat Penguatkuasa DBKL, jangan jadi bodoh dengan patuh dan tak tentu hala je, bos korang tu nak jaga kepentingan, korang apa dapat, takkan la nak tuntut pendidikan percuma untuk anak korang pun korang terpaksa halang?

Ni bersih ni, korang pon dah tau macam mana rosaknya SPR, pengerusi dengan timbalannya ahli Umno, hai, takkan korang nak sokong diorang kot?

Takpe, esok korang bagi kerjasama je dekat Peserta BERSIH, lagi kami respect kalau korang pakai baju kuning, atau ikat reben kuning di lengan, Jadi penguatkuasa korang kene juga ade pendirian, Jangan bongok dan patuh tak tentu pasal.

Ingat, Indon dah banyak sgt di negara ni, kerja sapa, Kerja BN,  kami bangun mahu bersihkan sistem Pengundian, sebab tu kalau pagar 13 lapis pun kami sanggup rempuh, sebab kami tak bodoh. ini cerita masa depan, tentang rakyat yang cintakan negaranya.

Ok, Soalan "tukanglawan" buat peserta, anda nak langgar pagar ni ke nak alih baik-baik?. masih nak berlembut atau nak tunjuk KUASA RAKYAT?, Jangan lupa jahatnya "topi merah" pada 2.0 lepas. cukuplah rakyat dizalimi.

Ni link blog kawan "tukanglawan" yang kelakar tu.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit