SPRM jangan bisu, perlu siasat keluarga taib mahmud

| comments


Awal bulan lalu, BMF dan 16 NGO lain menulis sepucuk surat setebal 10 muka dan ditandatangani 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom. surat itu mendedahkan kepentingan keluarga Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit.
 
BMF dan NGO terbabit juga menggesa Malaysia menahan Taib dan ahli keluargnya kerana melakukan salahguna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Namun walaupun menerima desakan kuat diperingkat antarabangsa supaya siasatan dibuat berhubung kes tersebut, SPRM sehingga hari ini masih gagal mengumumkan status siasatan berhubung skandal rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak tersebut.demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Krian, Ali anak Biju.

Ini sangat pelik, kalau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa pun mahu kes ini disiasat, mengapa SPRM Malaysia masih membisu,” soalnya.

Menurut Ali lagi, kes rasuah melibatkan taib dan keluarganya bukan sahaja berkaitan soal perundangan tetapi turut merangkumi kepentingan rakyat miskin di  seluruh Sarawak.“Kita tidak kisah Taib kaya tapi yang kita persoalkan ialah sumber kewangan itu dari mana, adakah kerana penyelewengan dan berunsur rasuah?"

Ini isu penting yang perlu disiasat dan kita berharap siasatan dijalankan segera kerana kekayaan Taib sangat luar biasa sekaligus menimbulkan persoalan,” tegasnya lagi.

Katanya lagi, pada masa yang sama, polis antarabangsa Interpol, menyatakan siasatan mengenai jenayah membabitkan taib hanya boleh dilakukan pihak berkuasa Malaysia, namun walaupun banyak laporan SPRM telah dibuat terhadap Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya, SPRM sehingga kini masih gagal mendedahkan status siasatan berkenaan.

Dan kegagalan ini menyebabkan maruah negara rosak pada pandangan orang luar. tegasnya lagi
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit