Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengajak rakyat turun beramai-ramai 
menyertai himpunan membantah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) esok.
Himpunan itu akan diadakan di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh, Perak bermula 10 pagi.
 “AMK menyokong himpunan rakyat membantah pelaksanaan AES dan menyeru 
rakyat untuk bangun menentang kezaliman kerajaan BN,” kata Timbalan 
Setiausahanya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.
“Kita juga mendesak agar saman rakyat 1Malaysia AES ini dimansuhkan,” katanya lagi dalam kenyataan.
Saifullah
 berkata, sejak mula dilaksanakan pada 23 September lalu, seramai 63,558
 rakyat disaman dalam masa lapan hari pelaksanaan AES di 14 kawasan 
menggunakan 831 kamera.
“Dianggarkan RM5 bilion dari ‘saku rakyat’ masuk ke poket kerajaan dan syarikat yang mengendalikan sistem itu,” jelasnya.
Kata Saifullah, kerajaan BN terus menekan rakyat dengan saman melalui
 pelaksanaan AES, tatkala sistem pengangkutan awam yang lemah turut 
memaksa rakyat berkenderaan.
AES merupakan lanjutan saman ekor. Bagaimanapun, seperti saman ekor 
yang dibantah kerana ketidakcekapan dan kelemahan sistem, AES juga 
menghadapi isu sama.
Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan kutipan saman jalan raya akan 
dikongsi antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap 
Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd, dan kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta
 saman dikeluarkan setahun.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.