KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Kertas pendakwaan sangat sulit yang kini berada di tangan pendakwaraya  awam Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene  ketika Menteri Pertahanan waktu itu yang kini Perdana Menteri, Najib  Altantuya, menunjukkan bahawa syarikat Malaysia yang memperoleh kontrak,  Perimekar Sdn Bhd rupanya hanyalah sebuah syarikat agensi pelancongan!
Pendedahan mengejutkan itu dinyatakan Pengerusi Suara Rakyat Malaysia  (SUARAM) Dr Kua Kia Soong sebentar tadi dalan satu sidang media ringkas  di Kuala Lumpur.
Dr Kua yang berjaya memperoleh akses kertas pendakwaan secara eksklusif  semasa berada di Paris, Perancis, dua minggu lalu menyatakan bahawa  pendakwaraya Perancis sangat sibuk menyiasat skandal berkenaan sejak ia  mula terbongkar pada 2009 sehingga ke hari ini.
 Jelas Dr Kua lagi, mereka telah menemuramah pegawai-pegawai kementerian  pertahanan negara itu yang terlibat secara langsung dalam kontrak  pembelian sehingga kepada termeterainya perjanjian antara kerajaan  negara itu dengan Malaysia.
 Mereka juga telah memeriksa beberapa akaun peribadi dan akaun yang  berkaitan dengan urusan pembayaran seperti yang telah didedahkan pada  Khamis lalu oleh Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel di Kuala Lumpur.
 Kesemua dokumen termasuk memorandum persefahaman, memorandum perjanjian  jual beli, surat hasrat (letter of intent) serta invois dan akaun bank  turut dibongkar yang menunjukkan penglibatan secara langsung orang kanan  Najib Altantuya, Razak Baginda yang memiliki Perimekar.
 Persolannya di sini, bagaimanakah sebuah syarikat yang berdaftar dengan  agensi pelancongan dan tidak ada kena-mengena dengan bidang persenjataan  jauh sekali ketenteraan boleh memperolehi bayaran lumayan berjumlah  EUR2.3 bilion (RM7.1 bilion) di mana pendedahan pada Khamis lalu  menunjukkan sekeping kertas faksimili tulisan tangan Najib Altantuya  meminta DCN membayar EUR1 bilion (RM3 bilion) sebagai bayaran pertama,  tidak termasuk EUR360,000 (RM1.2 juta) hanya semata-mata untuk berjumpa  dengannya?
 Sejak SUARAM membuat laporan secara rasmi pada 2009, lebih 153 dokumen  dan bukti perjanjian pembelian kapal selam dirampas daripada pelbagai  sumber, antaranya Thales International yang berpangkalan di Hong Kong  serta pejabat DCN sendiri melalui pegawainya Henri.
 Tidak mustahil siasatan selanjutnya bakal mendedahkan pula skandal  antara DCN dan Kerajaan Perancis yang dilihat mendiamkan diri sejak  penemuan skandal tersebut tercetus dengan pembunuhan misteri penterjemah  dari Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
 
 
 Muka Depan
   Muka Depan 


 
 
 
 
 
 
 
 
 





Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.