2 Rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang  diguna untuk menggantung bendera  terkena kabel elektrik bervoltan  tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, Jumaat lalu.
 Rosli  Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37 kerana maut terkena  renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung  bendera parti tersentuh  kabel elektrik bervoltan tinggi .Akibat renjatan itu kedua-dua mengsa yang terjatuh dan pengsan sebelum  disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka kemudiannya dihantar ke Hospital  Tanah Merah untuk bedah siasat.
Menurut abang ipar seorang daripada mangsa, Che  Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan berkenaan untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan  bendera itu pada pukul 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul  Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai  kejadian itu.
Buat kawan-kawan semua "tukanglawan" sarankan supaya lebih berhati-hati, semoga kita dilindungi selalu dari mara bahaya oleh ALLAH S.W.T.. amin...
Al-fatihah buat mangsa, dan takziah "tukanglawan" ucapkan buat keluarga dan kenalan mangsa.
Buat kawan-kawan semua "tukanglawan" sarankan supaya lebih berhati-hati, semoga kita dilindungi selalu dari mara bahaya oleh ALLAH S.W.T.. amin...
Al-fatihah buat mangsa, dan takziah "tukanglawan" ucapkan buat keluarga dan kenalan mangsa.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
   Muka Depan






Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.