Penjagaan kesihatan  merupakan hak asasi setiap rakyat Malaysia tanpa  mengira usia, etnik atau status  sosial. Sebagai sebuah negara yang  berdaulat, hak rakyat mengakses perkhidmatan  kesihatan yang bersistem  lengkap haruslah sentiasa terjamin. 
Sekali pandang,  konsep 1Care yang  bertujuan  memperbaiki sistem perkhidmatan kesihatan awam demi kebajikan  dan manfaat rakyat  memang menggalakkan memandangkan sistem  perkhidmatan kesihatan awam memainkan  peranan yang amat mustahak dalam  kehidupan semua lapisan masyarakat. 
Namun,  suara bantahan terhadap  retorik skim 1Care yang kian berkobar-kobar di kalangan  masyarakat  bukannya tanpa alasan yang munasabah. Malahan, isu yang dibangkitkan   berkenaan dengan cadangan skim 1Care turut mendedahkan kelemahan dan   ketidaksempurnaan sistem penyampaian dan pembiayaian perkhidmatan  kesihatan  sedia ada di Malaysia. 
Sebagai langkah pertama, Kajian  Politik untuk Perubahan  (KPRU) menyokong cadangan pelbagai pihak bahawa  meningkatkan peruntukan dana  kerajaan dalam sektor perkhidmatan  kesihatan merupakan penyelesaian yang lebih  praktikal.
Peruntukan Terhad, Tadbir  Urus Kerajaan Lemah
Menurut laporan Pertubuhan  Kesihatan Sedunia (WHO – World Health Organization),  kadar peruntukan  dana kerajaan Malaysia untuk sektor penjagaan  kesihatan masih rendah berbanding  dengan negara-negara lain. Hanya 2.2  peratus daripada Keluaran Dalam Negara  Kasar (KDNK) yang diperuntukkan  untuk sektor penjagaan kesihatan dan jumlah  peratusan ini hanya  mencakupi 7.1 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan.  Peratusan  ini adalah jauh lebih rendah daripada cadangan Pertubuhan Kesihatan   Sedunia dan purata sedunia. (Sila lihat Jadual  1)
Jadual 1: Perbandingan Perbelanjaan Kesihatan antara Negara Tahun 2009
| Negara | Jumlah perbelanjaan untuk  kesihatan (Peratusan daripada  KDNK) | Perbelanjaan kerajaan untuk  penjagaan kesihatan (Peratusan daripada KDNK) | Perbelanjaan kerajaan untuk  penjagaan kesihatan (Peratusan daripada jumlah perbelanjaan kerajaan) | 
| Canada | 10.9% | 7.5% | 17.0% | 
| UK | 9.4% | 7.6% | 15.1% | 
| Australia | 8.5% | 6.0% | 18.3% | 
| Singapore | 3.9% | 1.6% | 9.8% | 
| Malaysia | 4.8% | 2.2% | 7.1% | 
| Thailand | 4.3% | 3.3% | 14.0% | 
Sesungguhnya, skim 1Care  yang dikatakan diilhamkan daripada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS –  National Healthcare System)  yang diamalkan di British telah mengabaikan  secara dasarnya model  peruntukan dan pembiayaan pihak kerajaan British bagi  mengekalkan  operasi sistem perkhidmatan kesihatan.
Meniru konsep tanpa   mempertimbang dan menyelidik sistem operasi keseluruhan, khususnya dari  segi  dasar negara dan keadaan sosioekonomi masyarakat secara  keseluruhan adalah  kurang bijak dan bakal menimbulkan lebih banyak  masalah daripada memberikan  penyelesaian.
Sememangnya, menelitikan  mana-mana sistem pelaksanaan dan  pengendalian di Malaysia, biarlah dalam sektor  awam atau sektor swasta,  penyelewengan yang berleluasa semakin menampakkan  kehilangan integriti  dan kredibiliti yang ada pada pihak kerajaan. 
Laporan mengenai   Pembiayaan Sistem Kesihatan yang disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan  Sedunia  jelas menyebut antara 20 hingga 40 peratus perbelanjaan  kesihatan dibazirkan  berikutan kekurangan kecekapan dan ketelusan  sistem. 
Dalam konteks ini, biarpun berapa  banyak wang yang  disumbangkan kepada sektor penjagaan kesihatan berkemungkinan  akan  tersia-sia sahaja. Oleh demikian, hujah bahawa jumlah perbelanjaan  negara  tidak boleh dijadikan satu-satunya tanda ukur kualiti  perkhidmatan kesihatan  adalah munasabah dan bertapak atas realiti  kelemahan tadbir urus kerajaan hari  ini.
Walau bagaimanapun, hujah  ini tidak harus dijadikan alasan bagi  menghambat usaha mempertingkatkan prestasi  perkhidmatan kesihatan. 
Atas  premis peruntukan dan sumber yang mencukupi, pihak  perkhidmatan  kesihatan berpeluang mendapat ruang yang secukupnya untuk  mengembang  potensi mereka dalam membekalkan servis yang berkualiti tinggi. Hal   demikian telah pun terbukti dengan sistem perkhidmatan kesihatan yang  cemerlang  di negara seperti Kanada dan British.
‘Transformasi’ Beban  Kerajaan kepada Rakyat Terbanyak
Seperti yang dipaparkan  dalam kertas konsep 1Care untuk 1Malaysia,  Kementerian Kesihatan telah  mendedahkan salah satu objektif bagi  pelancaran 1Care ialah bagi meringankan  beban kerajaan dalam menanggung  kos perubatan dan kebajikan yang kian melonjak.
 Bekas Perdana  Menteri, Tun Dr.  Mahathir Mohamad yang memberi sokongan terhadap  pelaksanaan skim tersebut turut  menyatakan bahawa kos perubatan dan  farmaseutikal yang kian meningkat telah  membebankan pihak kerajaan.  Maka hujah seterusnya ialah, kerajaan mengambil  langkah dengan  melaksanakan sistem perkhidmatan kesihatan yang berfungsi melalui   “sumbangan” rakyat merupakan sesuatu yang berpatutan.
Bekas Perdana  Menteri, Tun Dr.  Mahathir Mohamad yang memberi sokongan terhadap  pelaksanaan skim tersebut turut  menyatakan bahawa kos perubatan dan  farmaseutikal yang kian meningkat telah  membebankan pihak kerajaan.  Maka hujah seterusnya ialah, kerajaan mengambil  langkah dengan  melaksanakan sistem perkhidmatan kesihatan yang berfungsi melalui   “sumbangan” rakyat merupakan sesuatu yang berpatutan.Ironisnya, dalam hal  kesihatan, bukankah menjadi kewajiban kerajaan  bagi meringankan beban rakyat dan  membekalkan servis yang memuaskan  demi kebajikan dan kebaikan rakyat terbanyak?  Jelasnya, skim 1Care  lebih merupakan retorik golongan berkepentingan bagi  mengelakkan  kewajipan kerajaan dalam menjaga kesihatan rakyat Malaysia,  
Seterusnya  memungkinkan kewujudan peluang baharu dalam konteks aktiviti  rent-seeking  hari ini. Retorik sedemikian tidak membekalkan jalan  penyelesaian yang  menjaga kepentingan rakyat terbanyak dalam proses  mereformasikan dan  memperbaiki sistem perkhidmatan kesihatan sedia  ada.
Cukai Tinggi,  Keberkesanan Rendah 
Aspek kedua yang harus  diberi perhatian menyentuh “sumbangan  mandatori” yang dicadangkan dalam kertas  konsep 1Care. Cadangan ini  adalah bercanggah dengan keupayaan kewangan dan tahap  pendapatan rakyat  terbanyak di negara ini. 
Bayaran mandatori yang bakal  dikenakan pada  golongan pekerja akan dijadikan dana biayaan untuk insurans  kesihatan  sosial (Social Health Insurance or SHI) dan  insurans tersebut   akan menawarkan pakej rawatan kesihatan dan perubatan yang asas dengan  atau  tanpa mengenakan bayaran. Penjawat awam, pesara, orang kurang  upaya, golongan  miskin dan individu yang menganggur akan dibiayai oleh  pihak kerajaan manakala  semua pekerja di sektor swasta terpaksa  menanggung bayaran tersebut melalui  pembiayaan insurans.
Menurut Kertas Konsep  1Care untuk 1Malaysia, anggaran bagi  pembiayaan skim perkhidmatan kesihatan  tersebut adalah sebanyak 9.5  peratus daripada jumlah purata pendapatan isi  rumah. (Sila lihat Jadual 2)
Jadual 2: Anggaran Kos Tahunan Pembiayaan Sistem Kesihatan Malaysia
| Anggaran kos tahunan bagi membiayai sistem kesihatan Malaysia | (RM) | 
| Perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan diri | 27.87b | 
| Peratusan daripada KDNK | 3.9% | 
| Perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan peribada per kapita | 984.44 | 
| Perbelanjaan untuk semua penjagaan kesihatan per kapita | 1,562.60 | 
| Premium SHI untuk penjagaan kesihatan diri | 972.44 | 
| Premium SHI untuk purata isi rumah | 4,181.50 | 
| Peratusan bagi Premium SHI untuk pendapatan isi rumah | 9.5% | 
Sebagai rujukan kepada model  perkhidmatan kesihatan di luar negara seperti NHS,  rakyat British tidak  perlu membayar cukai tambahan untuk membiayai  perbelanjaan perkhidmatan  kesihatan yang ditawarkan kerana cukai yang  sedia dibayar adalah dikendali  secara berasingan di bawah dua sistem,  iaitu cukai pendapatan dan Insurans  Kebangsaan (National Insurance). 
Cukai tersebut kemudiannya disalurkan  bagi pembiayaan perkhidmatan kesihatan yang dikendali NHS Trust.  Pada  dasarnya, rakyat British dapat dimanfaatkan dengan menerima  perkhidmatan percuma  dalam bidang amalan am, kecemasan, penjagaan  jangka panjang, dan  pergigian.
Dalam sistem tersebut,  pesakit turut  diberi hak pemilihan dari segi doktor, penjagaan, dan tempat  rawatan.  Namun, pakej lengkap tidak ditawarkan  dalam 1Care yang dicadangkan  Kementerian Kesihatan.
Jadual 3 dan Jadual 4 di  bawah menunjukkan perbandingan kadar cukai di antara British dengan Malaysia.
Jadual 3: Kadar Cukai  Pendapatan di British berdasarkan Band, 2010-2011 
| Pendapatan berdasarkan Band (£) | Kadar Cukai | 
| £0 - £2,440 | Kadar permulaan untuk simpanan: 10% | 
| £0 - £37,400 | Kadar asas: 20% | 
| £37,401 - £150,000 | Kadar tinggi: 40% | 
| Over £150,000 | Kadar tambahan: 50% | 
Jadual 4: Kadar Cukai Pendapatan Individu di Malaysia
| Pendapatan yang dikena cukai (RM) | Kadar Cukai | 
| 2,500 yang pertama | 0% | 
| 2,500 yang  seterusnya 5,000 yang pertama | 1% | 
| 5,000 yang  seterusnya 10,000 yang pertama | 3% | 
| 10,000 yang  seterusnya 20,000 yang pertama | 3% | 
| 15,000 yang  seterusnya 35,000 yang pertama | 7% | 
| 15, 000 yang  seterusnya 50,000 yang pertama | 12% | 
| 20,000 yang  seterusnya 70,000 yang pertama | 19% | 
| 30,000 yang  seterusnya 100,000 yang pertama | 24% | 
| 50, 000 yang  seterusnya 150,000 yang pertama | 26% | 
| 100,000 yang  seterusnya Pada 250,000 | 26% | 
| 250,000 ke atas | 26% | 
Secara perbandingan,  walaupun cukai pendapatan yang dikenakan di  British adalah jauh lebih tinggi  daripada sistem pencukaian di Malaysia  demi menanggung perbelanjaan institusi  NHS dan institusi kebajikan yang lain, namun ia bukan sahaja tidak  menimbulkan ketidakpuasan di kalangan masyarakat, malahan NHS  telah  terpilih sebagai institusi yang paling popular di UK dan  mencapai penilaian  kepuasan yang tinggi.
Hal ini telah menunjukkan   bahawa perancangan mana-mana skim hendaklah mengambil kira keadaan dan  realiti  masyarakat. Sejauh mana tahap tadbir urus, ketelusan dan  pengagihan dana negara  diterjemahkan sebagai sesuatu yang dapat  menyakinkan rakyat terbanyak selari  dengan prinsip keadilan merupakan  faktor penting yang diambil kira oleh golongan  pembayar cukai.
 Sedangkan populasi di  British dapat menikmati pendapatan yang lebih  tinggi dan justeru berupaya untuk  menanggung cukai yang tinggi,  statistik sosio-ekonomi yang dikumpul oleh Jabatan  Perdana Menteri pada  tahun 2009 telah menunjukkan hakikat yang menyedihkan  bahawa sebanyak  52.7 peratus daripada isi rumah di Malaysia adalah berpendapatan  kurang  daripada RM3000 sebulan.
Sedangkan populasi di  British dapat menikmati pendapatan yang lebih  tinggi dan justeru berupaya untuk  menanggung cukai yang tinggi,  statistik sosio-ekonomi yang dikumpul oleh Jabatan  Perdana Menteri pada  tahun 2009 telah menunjukkan hakikat yang menyedihkan  bahawa sebanyak  52.7 peratus daripada isi rumah di Malaysia adalah berpendapatan  kurang  daripada RM3000 sebulan.Ini bermaksud, sekiranya cukai  tambahan  sebanyak 10 peratus dikenakan, golongan pekerja yang berpendapatan   rendah dan sederhana terpaksa memikul bebanan ini. 
Dalam konteks ini,  tidak kira  cukai tambahan yang dikenakan bersamaan atau jauh lebih  kurang daripada 10  peratus, pelaksanaan 1Care melalui skim insurans  kesihatan sosial jelasnya  adalah tidak berpatutan bagi rakyat  terbanyak. Sebaliknya, peningkatan jumlah  peruntukan kerajaan berhubung  sistem perkhidmatan kesihatan adalah langkah  penyelesaian lebih bijak  lagi munasabah.
Wujudnya Golongan Miskin Baharu
Seterusnya, skim 1Care tidak  dapat menangani masalah yang kini  dihadapi oleh sistem perkhidmatan kesihatan  dalam Malaysia ekoran  jurang kemiskinan yang semakin lebar dan wujudnya golongan  ‘miskin  baharu’, malah ia akan mengakibatkan perubahan besar dari segi   penyusunan struktur dan sistem perkhidmatan kesihatan. 
Menurut Dr.  Subramaniam Pillay,  perkhidmatan kesihatan di Malaysia buat masa ini   terbahagi kepada dua peringkat (2-tier system) yang  masing-masing terdiri  daripada sistem perkhidmatan kesihatan awam yang  dikendalikan oleh pihak  kerajaan dengan peruntukan wang yang terhad dan  sistem kesihatan swasta yang  dibiayai dengan perbelanjaan  masyarakat.
Sesungguhnya, penyusunan struktur dan sistem pembiayaan  sebegini  telah menyebabkan munculnya perbezaan yang ketara dari  segi  amalan klinikal, kelengkapan infrastruktur dan juga kos perbelanjaan di   antara sektor perkhidmatan kesihatan awam dan swasta.
 Antara tahun 1997 hingga 2006, jumlah perbelanjaan dalam  sektor  perkhidmatan kesihatan telah melonjak daripada RM8.2 bilion kepada  RM24.8  bilion. Sebahagian besar daripada jumlah peningkatan tersebut  adalah berasal  daripada perbelanjaan dalam sektor swasta, terutamanya  yang dibelanja oleh  pesakit dengan menggunakan wang sendiri (out-of-pocket  spending).   Perbelanjaan swasta meningkat daripada RM4.1 bilion pada tahun 1997  sehingga  RM13.7 bilion pada tahun 2007.
(Sila lihat Jadual 5 & Jadual 6)
Jadual 5: Jumlah Perbelanjaan untuk Kesihatan, 1997-2006
Sumber: Malaysian National Health Account
Jadual 6: Perbandingan Perbelanjaan Kesihatan dalam Sektor Awam dan Swasta
| AWAM VS  SWASTA PERBELANJAAN KESIHATAN | (1984/85) | (2002) | (2006) | 
| AWAM SWASTA | 76 % 24% | 56% 44% | 45.2% 54.8% | 
Tambahan pula, dasar-dasar  yang dilaksanakan oleh Kementerian  Kesihatan seperti memperkenalkan  dispensari swasta  dan menyediakan  “sayap swasta” (private wing) di  sesetengah hospital kerajaan,  mempromosikan pelancongan kesihatan di hospital  swasta dan sebagainya  telah menghakis daya tahan sektor awam secara  beransur-ansur. 
Sebagai akibatnya, peranan yang  dimainkan oleh sektor awam dalam  penjagaan kesihatan semakin hari semakin  terhakis dan diganti oleh  sektor swasta, malah beban masyarakat semakin  memberatkan.
Jurang perbelanjaan  perkhidmatan kesihatan antara sektor awam dan  swasta jelasnya bukan menunjukkan  bahawa masyarakat adalah berupaya  membiayai kos kesihatan tanpa bergantung  kepada dana kerajaan dan  perkhidmatan awam. 
Sebaliknya, seperti yang dinyatakan  di atas,  percanggahan dari segi kualiti servis dan kelengkapan infrastruktur   dalam sektor awam dan swasta masing-masing telah menyebabkan pesakit  terpaksa  mendapatkan rawatan di hospital atau klinik swasta supaya  rawatan yang diterima  terjamin kualiti dan kesannya. 
Apa yang harus  ditegaskan di sini ialah  perkembangan sektor swasta dalam bidang  kesihatan patutlah dihargai dan  dikekalkan manakala kelemahan dalam  perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh  sektor awam hendaklah  ditangani dan dinaiktarafkan.
Namun, keazaman pihak  kerajaan dalam menambahbaik sistem  perkhidmatan kesihatan awam dan mengekalkan  sumbangan sektor swasta  tidak terserlah dalam kertas konsep “1Care untuk  1Malaysia”. 
Sebaliknya, sistem pengendalian perkhidmatan kesihatan awam yang   dinyatakan adalah melalui penggabungan hospital awam dan hospital swasta  supaya  perbezaan dari segi kelengkapan infrakstruktur dan amalan  klinikal dapat  mencapai tahap keseimbangan. 
Isu seperti penghijrahan  kepakaran  (brain drain) turut dipercayai dapat diatasi melalui  integrasi sektor  awam dan swasta. Namun begitu, seperti yang didakwa  oleh Dr. Ng Swee Choon,
integrasi ini  seakan-akan menghapuskan daya  persaingan bersama yang sebenarnya dapat  mempertingkatkan prestasi  perkhidmatan kesihatan. Tambahan pula, integrasi yang  disyorkan bukan  sahaja akan menyekat perkembangan industri penjagaan kesihatan  swasta,  malah piawai penyeragaman kualiti juga tidak dapat dicapai, Dari  sisi pandangan ini,  cadangan skim 1Care yang dikemukakan akan  membazirkan usaha kegigihan pelbagai  pihak tanpa mencapai objektif bagi  mempertingkat perkhidmatan kesihatan.
Rumusan
Pada hakikatnya, kebanyakan  projek yang dikendalikan oleh pihak  kerajaan adalah berakhir dalam kekesalan  disebabkan kelemahan dari segi  kecekapan dan ketelusan dalam tadbir urus. 
Telahpun wujudnya begitu  banyak usaha penstrukturan sebelum ini yang  dilaksanakan bagi  memperbaiki sistem kesihatan tetapi malangnya ketiadaan proses  yang  cekap dan telus telah menyebabkan timbulnya masalah yang lebih serius. 
Sebagai akibatnya, wang terbazir dengan sia-sianya manakala kebajikan  dan  kebaikan rakyat pula tidak terjamin. Sekiranya skim 1Care  dilaksanakan,  berkemungkinan besar sistem perkhidmatan kesihatan kini  akan dilanda kerugian  yang lebih besar.
Oleh demikian, KPRU menyaran  pihak berkaitan mengkaji semula sistem  pembiayaan dan peruntukan perkhidmatan  kesihatan semasa di Malaysia dan  mempertingkatkan perbelanjaan kerajaan dalam  sektor tersebut. 
Di  samping itu, sebuah suruhanjaya kesihatan yang dikendali  secara awam di  bawah kawalan masyarakat boleh ditubuhkan bagi memastikan  pengendalian  yang telus dan efektif. Dengan memastikan tiada ketirisan,  peningkatan  peruntukan wang dipercayai dapat menyelesaikan masalah seperti   kekurangan infrasktruktur yang lengkap atau kakitangan perubatan yang   profesional bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat. Apa yang  asas  sekali adalah memastikan kecekapan dan ketelusan dalam segala  sistem pelaksanaan  dan pengendalian supaya hak rakyat yang terasas  sentiasa terpelihara.
 artikel diatas adalah petikan daripada kajian KPRU berjudul "Kertas konsep 1Care tidak bertapak atas realiti sosioekonomi masyarakat Malaysia"Rujukan
[1] http://www.who.int/whosis/whostat/EN_WHS09_Full.pdf
[2] http://www.who.int/whosis/whostat/EN_WHS09_Full.pdf
[3] http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12755
[4] http://www.slideshare.net/palmdoc/1-care-concept-caper
[5] http://www.malaysiakini.com/news/189214
[6] Forum Health Care Financing in Malaysia, by Subramaniam Pillay, organized by Coalition Against the Privatisation of Health Care Services, Malaysia. http://www.malaysiakini.com/letters/44619
[7] http://www.nhs.uk/NHSEngland/thenhs/about/Pages/overview.aspx
[8] http://www.hmrc.gov.uk/rates/it.htm
[9] http://www.taxrates.cc/html/malaysia-tax-rates.html
[10] http://www.socialmedicine.org/2011/11/08/uncategorized/the-fight-to-save-the-nhs-publicly-funded-and-universal-national-health-services-in-the-uk/
[11] http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=2d9c3105-c9a0-4155-baf9-f737321e27f3&groupId=34492
[12] Forum Health Care Financing in Malaysia, by Dr. Subramaniam Pillay, Coalition Against the Privatisation of Health Care Services, Malaysia.
[13] Forum Health Care Financing in Malaysia, by Dr. Subramaniam Pillay, Coalition Against the Privatisation of Health Care Services, Malaysia.
[14] Selangor/Kuala Lumpur Healthcare Public Forum, 1Care: Why Pay more and Get Less? Organized by Citizens’ Healthcare Coalition, 12 February 2012, Global Business & Convention Centre.
[15] Forum Health Care Financing in Malaysia, by Dr. Subramaniam Pillay, organized by Coalition Against the Privatisation of Health Care Services, Malaysia. http://www.malaysiakini.com/letters/44619
[16] Selangor/Kuala Kumpur Healthcare Public Forum, 1Care: Why Pay more and Get Less? Organized by Citizens’ Healthcare Coalition
[17] http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12755
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
 
 
 Muka Depan
   Muka Depan 





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 





Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.