Media melaporkan Ummi Hafilda yang sebelum ini diketahui ramai telah diputuskan tali persaudaraan oleh ayahnya sendiri menarik balik saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan pengendali laman berita Malaysiakini.

Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.
Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin menfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian.
dikatakan saman yang dikemukakan ditarik balik kerana faktor writ yang dikatakan tidak teratur.atau mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena dengan ummi halfida sendiri?.
Beberapa ketika dulu, Ummi pernah dikaitkan dengan seorang usahawan dari Sarawak Dato S’ng.
Merupakan penceramah utama Umno semasa PRK Kerdau tempoh hari dan ditugaskan untuk ‘menyerang’ peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menjeritkan kata-kata kesat dan lucah di pentas berdekatan.Ummi menaiki kereta mewah dengan beberapa orang bodyguard Umno dan bertugas beberapa hari sepanjang kempen PRK berkenaan.
Ummi dilaporkan muflis oleh Jabatan Insolvensi tetapi digilap semula imejnya oleh lidah rasmi Umno Utusan Malaysia, khas untuk mengetengahkan isu-isu Anwar dengan beberapa dakwaan.
Jelas sekali sikap dan tindakan ummi selalu berubah-ubah mengikut situasi, dan ini membuatkan makin ramai orang tidak mempercayai Penceramah kesayangan umnoapco ini.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.