Sayugia, 14 tahun lalu pada tarikh yang sama seperti hari ini , telah
muncul sebuah gerakan kesedaran anak muda yang tercetus dari pemecatan
Timbalan Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim, atas
konspirasi peringkat tertinggi.
Konspirasi ini dijalankan kerana mereka yang berkepentingan telah
mula menyedari, arus perubahan kuat bakal melanda sekiranya lelaki yang
bernama Anwar Ibrahim ini tidak dihumban segera dari hierarki
pentadbiran negara.
Kelab Anwar Ibrahim menelusuri sejarah Reformasi dengan penuh insaf
dan bangga. Reformasi yang lahir pada 1998 itu, ditohmah sebagai sebuah
kesedaran membela individu semata-mata.
Telahan itu ternyata meleset kemudian, dan semangat Reformasi yang
didukung oleh anak muda ketika itu, tetap kekal utuh dan bakal mengusir
pemerintah zalim yang selama ini ternyata angkuh menganiayai kebebasan
dan hak rakyat untuk hidup sebagai bangsa yang berdaulat.
14 tahun lamanya, darah, airmata, kudrat dan keringat telah tumpah
bagi membajai semangat Reformasi itu sendiri. Selama tahun itu juga,
anak muda telah mula melancarkan perang terhadap penindasan yang
keterlaluan. Matlamatnya cuma satu, kemenangan dan kebanggaan untuk
hidup bebas sebagai manusia.
Kritik terhadap kezaliman punya sejarah jelek dan memualkan, lantas
kemudian kritik itu bertukar menjadi kebencian kepada pemerintah , dan
ternyata pemerintah sekarang tidak belajar untuk memahami kritik dan
isyarat yang dihantar oleh anak muda Reformasi 14 tahun yang lalu.
Kini, terbentang luas di hadapan mata mereka pintu keluar yang dibina
oleh anak-anak muda masa kini, yang menyambut nadi perjuangan Reformasi
yang didenyutkan oleh anak muda sebelum mereka.
Pemerintah berulang kali mengimpikan Reformasi ini mati, malah telah
berkali-kali mengisytiharkan kematian Reformasi ini. Ternyata mereka
sinis dan lekeh terhadap api perjuangan anak muda tanahair Meskipun
diakui juga segelintir yang lari meninggalkannya, namun Reformasi terus
didokong oleh para istiqamah dan pemberani.
Anak muda zaman kini haruslah bersyukur , dan berterima kasih kepada
anak muda 14 tahun lalu yang mencetuskan rasa melawan ini , dengan
harapan tinggi untuk satu derap langkah terakhir bersama-sama untuk
menumbangkan rejim zalim dalam pertempuran terakhir yang akan berlaku
bila-bila masa dari saat ini.
Oleh demikian, AIC mengajak anak muda untuk terus membiarkan semangat
Reformasi terpasak dan menjadikannya pedoman ampuh bagi memenangi
perang pembebasan ini.
Kelab Anwar Ibrahim dan ahli-ahlinya, dari utara ke selatan, Malaysia
Timur serta yang masih berkelana di bumi United Kingdom , merasa begitu
terinspirasi dari gelombang Reformasi yang berusia 14 tahun ini, malah
kamilah anak-anak yang membesar dan ditakdirkan untuk menjadi penyambung
sebagai pendokong semangat ini.
Kami akur, dan bersedia , untuk melengkapkan babak terakhir Reformasi
ini , dan menyumbang segala apa yang terdaya, sehingga keadilan
benar-benar bertakhta. Salam Reformasi , untuk pendokongnya yang
benar-benar berani.
GENERASI PENGGERAK ZAMAN
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden AIC Malaysia
Presiden AIC Malaysia
20 September 2012
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.