Rayuan Dari TukangLawan (mintak bantuan)

| comments (2)



Assalamualikum dan salam sejahtera buat sahabat yang dikasihi dan dihormati.
perjuangan harus diteruskan walau apa cara sekali pun, kerana kita sudah terlalu hampir dengan kemenangan, cuma langkah perlu makin laju dan kencang.

Dan Jangan biar musuh melangkah terus kehadapan.

Blog adalah salah satu medium paling berkesan untuk menyebar informasi, setiap artikel boleh diakses sepanjang masa dan boleh disebarkan dengan segera.

kita harus sedar itu.

malaysia menghadapi krisi politik paling teruk sejak Mahathir menjadi perdana menteri, pemerintahan ditaktor dan kuku besi digunakan, musuh politik ditumbangkan dan demokrasi tercalar.

Tekanan semakin terasa kini, bila rakyat malaysia dikaburi mata dari krisis ekonomi yang hampir semua rakyat alami, kita disuap dengan pelbagai berita mengaburi mata, media tv dan surat khabr digunakan untuk membohongi rakyat

Hakikatnya rakyat malaysia makin terbeban dengan kos hidup yang tidak akan mampu ditanggung lagi.

Tukanglawan dan kawan-kawan lain berusaha menyampai berita dan memberi informasi pada umum.. tapi kami kadang-kadang terbatas keupayaan, tersekat kerana kekangan. jadi bantulah kami.

Kami risiko kan diri kami sendiri, kami tidak takut dikatakan penghianat kerana menentang kerajaan, kerana mereka la pengkhianat sebenarnya, kami tidak takut ditangkap hatta dipenjarakan, kerana kami mahu terus berjuang.. "Mencari negara Malaysia yang lebih baik"

jadi tukanglawan merayu pada anda, agar perjuangan tukanglawan akan diteruskan dan tidak terkekang oleh keadaan...

terus terang tukanglawan katakan , ini sudah sampai ke kemuncaknya dan tukanglawan tak mampu berdiam diri lagi kerana tukanglawan rasakan terlalu jauh tertinggal dalam memberi informasi berguna.

Terus terang tulkanglawan katakan lagi.. demi perjuangan perasaan malu harus dicampak jauh, saat ini memang tukanglawan mengharapkan bantuan anda seperti yang dinyatakan dibawah ini.

1- Laptop @ Netbook
2- Perkhidmatan internet (broadband)

itu sangat-sangat penting agar dapat tukanglawan bergerak lebih efektif dan lebih kerap, agar anda dapat liputan berita yang lebih luas dan cepat. disamping itu juga perkara dibawah juga amat tukanglawan hargai jika anda dapat bantu

3- Kamera digital (supaya gambar-gambar dapat diambil) (bukan keutamaan)
4- apa -apa yang anda fikirkan bersesuaian


sekali lagi tukanglawan merayu anda untuk bantu tukanglawan terus berjuang, tukanglawan tidak mengharapkan barangan seperti laptop atau kamera baru, cukuplah jika ia barangan lama yang masih boleh digunakan..sangat-sangat tukanglawan harapakan.


Jika ada antara kawan-kawan mampu bantu .. hanya ucapan jutaan terima kasih yg mampu tukanglawan ucapkan, "semoga anda diberi kebaikan di dunia dan akhirat" dan jika anda tidak mampu membantu.. jutaan terima kasih juga saya ucapkan kerana sudi membaca luahan ini..

kerana perjuangan itu bukan mudah, tak ramai yang mampu bertahan, Dan Insyallah, saya akan terus berada disini bersama teman-teman semua.. Amin..

Sila hubungi tukanglawan di INFOTUKANGLAWAN@GMAIL.COM untuk membantu, Insyallah Tukanglawan akan hubungi anda semula secepat mungkin.

"Penderitaan ini terpaksa dilalui demi menegakkan kebenaran dan keadilan. kami berjuang atas prinsip tersebut dan sanggup membayar harganya dengan penjara"

Share this article :

+ comments + 2 comments

25 November 2012 pada 3:45 PTG

Mohon tukang lawan hubungi presiden perbak malaysia segera. Isu panas berkenaan liwat dan rogol yg berlaku kpd anak2 yatim dibawah seliaan jkm.

3 Disember 2012 pada 11:31 PG

@Hero For Orphan

Salam bro... harap dapat emailkan detail di infotukanglawan@gmail.com...

Tak dapat nak contact.. handphone lama sudah rosak.. sudah hilang semua contact no.

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit